KUALA LUMPUR 24 Ogos - Bosnia menawarkan dirinya sebagai satu gerbang strategik bagi firma Malaysia untuk menembusi pasaran Kesatuan Eropah (EU) dan Eropah Tengah yang menguntungkan dengan asas pengguna sehingga 500 juta penduduk dan kuasa membeli yang kukuh.
Bidang yang berpotensi bagi perniagaan dan pelaburan di Bosnia termasuk industri halal yang pantas berkembang, perbankan Islam, pelancongan, pengeluaran makanan termasuk makanan organik dan kesihatan, tenaga dan pendidikan, kata Duta Besar Bosnia ke Malaysia, Ensar Eminovic di sini.
Katanya, firma Malaysia perlu mengambil kesempatan dari Bosnia yang menerima akses bebas tarif ke Eropah walau pun ia belum menerima keanggotaan EU.
Ini kerana Perjanjian Penstabilan dan Berkesatuan yang ditandatanganinya dengan EU pada tahun lepas dan berkemungkinan menjadi anggota untuk tempoh lima tahun dari sekarang. Perjanjian itu bermakna sebarang pengeluaran di Bosnia boleh dijual di EU tanpa perlu mempunyai kuota, tarif atau duti kastam.
Eminovic berkata, hubungan antara Malaysia dan Bosnia sentiasa kukuh tetapi 'ia sentiasa sehala' sejak Malaysia menghulurkan bantuan semasa dan selepas perang Balkan yang memusnahkan negara itu pada 1992 hingga 95.
"Bosnia mahu membalas semula jasa Malaysia. Biasanya Malaysia yang sentiasa membantu Bosnia, dan sejak sekian lama Bosnia telah menjadi bahan kemanusiaan."Nasib baik sekarang ini ia tidak begitu lagi dan sekarang adalah masanya untuk melakukan perniagaan," katanya.
Dengan mengambil kira potensi bagi perdagangan dan pelaburan, Duta Besar Bosnia itu percaya bahawa hubungan komersial dua hala boleh dipertingkatkan ke satu tahap baharu bagi manfaat dua-dua pihak.
"Ini boleh dilakukan melalui Forum Perniagaan Global Malaysia yang akan diadakan dari 8 hingga 11 Disember tahun ini di Kuching, Sarawak," katanya.
Katanya, forum itu bermatlamat untuk merapatkan komuniti perniagaan dari Bosnia dan Malaysia dan negara di rantau ini serta dari Eropah dan negara jiran Bosnia seperti Croatia, untuk membentuk ikatan strategik dan menerima peluang perniagaan."Melalui forum itu, mereka boleh saling mengenali dan mengikat kerjasama perniagaan," katanya.
Eminovic berkata, para pelabur dan pengusaha Malaysia perlu mengetahui bahawa Bosnia adalah sebuah daripada negara yang menandatangani Perjanjian Perdagangan Bebas Eropah Tengah. Kumpulan perdagangan itu termasuk negara bukan EU di Eropah Tenggara seperti Serbia, Croatia, Macedonia, Albania, Montenegro dan Turki dan mempunyai penduduk yang disatukan lebih 100 juta orang.
Bosnia mempunyai mata wang stabil di Eropah tenggara di mana satu Euro bersamaan 1.95 Mark Bosnia dan ditetapkan dan ia telah berada pada kadar itu sejak 10 tahun lepas., katanya. - BERNAMA
August 25, 2009
Fund Price
About Me
- Nuang
- Ibrahim bin Ramli@Nuang started his career with CIMB Wealth Advisors Berhad as Agency Manager in April, 2008.Previously he was an Internal Auditors and Accounts Executive with Perodua Sales Sdn Bhd since 17 August, 1994. His background:- 1.Certified of Achievement for Master Sales Leadership from Dr Lawrence Walter Ng of President of The Art Of Learning and International Of Learning Without Learning 2.Certified for eXtra Ordinary Performance of Lawrence Walter Award Certificate for One Million Ringgit Club 2007 3. Certified Life & General insurances 4. Conferred with Diploma in Business Studiess & Bachelor of Business Admin(Hons)Finance from UiTM, Terengganu Branch & Shah Alam respectively;
music
Create a playlist at MixPod.com