LANGKAH kebanyakan kerajaan berbelanja secara agresif untuk merangsang ekonomi masing-masing berjaya mengelakkan dunia daripada berdepan kemelesetan yang teruk seperti dialami pada 1930-an, kata ahli ekonomi terkemuka, Paul Krugman.
Penerima Hadiah Nobel bagi ekonomi itu berkata, meskipun langkah berkenaan berjaya memulihkan ekonomi dunia daripada keadaan terburuknya, namun pemulihan sepenuhnya akan hanya dapat disaksikan dalam tempoh dua atau tiga tahun lagi.
“Kita berjaya mengelak zaman kemelesetan teruk kali yang kedua, tetapi pemulihan sepenuhnya akan mengambil masa sekurang-kurangnya dua tahun atau mungkin lebih.
“Lihat kemelesetan ekonomi pada 2001, pertumbuhan sebenar hanya dapat disaksikan sehinggalah pada suku ketiga 2003. Ia memberitahu kita bahawa sebarang pemulihan mengambil masa lama,” katanya pada sidang media sempena Simposium Pasaran Modal Dunia anjuran Suruhanjaya Sekuriti (SC) di Kuala Lumpur, semalam.
Krugman berkata, proses pemulihan ekonomi juga boleh terganggu memandangkan perbelanjaan kerajaan tidak berkekalan dalam jangka panjang, manakala kadar pengangguran pula masih tinggi.
Namun, katanya, ekonomi Asia dijangka mencatatkan pemulihan lebih pantas berbanding Amerika Syarikat dan Eropah, sebahagiannya disebabkan pemulihan dalam pasaran eksport barangan perkilangan.
Mengulas perkara sama, Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Tan Sri Nor Mohamed Yakcop, berkata ekonomi dunia, termasuk Malaysia ketika ini akan terus berada dalam corak ‘U’. “Kami yakin kemelesetan ekonomi ketika ini tidak berbentuk kemelesetan ‘V’, tetapi ‘U’.
Bagaimanapun, ia bergantung kepada sejauh mana keadaan semasa dapat bertahan,” katanya. Kemelesetan ekonomi berbentuk V merujuk kepada kemelesetan yang ketara tetapi pulih dengan cepat, manakala bagi bentuk ‘U’, ekonomi mengambil masa lebih lama untuk dipulihkan, biasanya antara 12 hingga 24 bulan.
August 11, 2009
Fund Price
About Me
- Nuang
- Ibrahim bin Ramli@Nuang started his career with CIMB Wealth Advisors Berhad as Agency Manager in April, 2008.Previously he was an Internal Auditors and Accounts Executive with Perodua Sales Sdn Bhd since 17 August, 1994. His background:- 1.Certified of Achievement for Master Sales Leadership from Dr Lawrence Walter Ng of President of The Art Of Learning and International Of Learning Without Learning 2.Certified for eXtra Ordinary Performance of Lawrence Walter Award Certificate for One Million Ringgit Club 2007 3. Certified Life & General insurances 4. Conferred with Diploma in Business Studiess & Bachelor of Business Admin(Hons)Finance from UiTM, Terengganu Branch & Shah Alam respectively;
music
Create a playlist at MixPod.com