KUALA LUMPUR 23 Ogos – Jumlah kadar pengangguran di Malaysia kini meningkat sebanyak empat peratus, kesan krisis ekonomi global.
Walaupun kerajaan bimbang dengan kenaikan jumlah penganggur, tetapi hakikatnya pada masa ini masih banyak majikan di negara ini mengalami kesukaran untuk mendapat pekerja.
Pengarah Urusan Mydin Mohamed Holdings Bhd. (Mydin), Datuk Ameer Ali Mydin (gambar) antara majikan yang melahirkan rasa kehairanan yang mana ribuan rakyat Malaysia kini dikatakan menganggur.
Ini kerana, menurut beliau, syarikat peruncitan itu mengalami masalah untuk mendapatkan pekerja-pekerja am meskipun menawarkan gaji yang lumayan.‘‘Mydin kini bukan berhadapan dengan masalah modal untuk meluaskan operasi syarikat sebaliknya berhadapan dengan kekangan pekerja.
‘‘Memang menghairankan, mana perginya penganggur yang kehilangan pekerjaan?,’’ katanya kepada Utusan Malaysia di sini.
Beliau berkata, antara jawatan yang sukar mendapat pekerja dalam sektor itu ialah juruwang, penjaga stor dan gudang serta pembantu jualan.Difahamkan gaji yang ditawar untuk mengisi jawatan tersebut adalah dari RM7 bagi setiap jam, jauh lebih tinggi berbanding bekerja di kilang.
Jelasnya, meskipun gaji yang ditawarkan lebih tinggi berbanding jawatan rendah di dalam pejabat, namun gaji bukan segala-galanya.
Mengulas mengenai masalah yang dihadapi itu, Ameer berkata, masalah itu wujud kerana rakyat Malaysia masih lagi cenderung memandang status jawatan berbanding gaji yang diperoleh.
‘‘Dalam hal ini memang saya tidak menyalah sesiapa memandangkan sikap masyarakat Malaysia yang memandang tinggi golongan yang bekerja di pejabat berbanding di luar pejabat.‘‘Ini stigma masyarakat Malaysia. Dan, sekiranya ia tidak berubah, masalah mencari pekerja akan menjadi isu besar pada masa depan,’’ jelasnya.
Ameer berkata, masalah mencari pekerja bukan dihadapi oleh industri peruncitan semata-mata tetapi hampir semua sektor ekonomi.Masalah itu dijangka lebih buruk sekiranya kerajaan terus mengetatkan peraturan pengambilan pekerja asing dalam sektor tersebut.
Ameer memberitahu, keputusan kerajaan membekukan pengambilan pekerja asing dua bulan lalu sedikit sebanyak memberi kesan kepada operasi sektor tersebut terutama bagi syarikat yang tidak sempat mengambil pekerja asing yang baru.
Berikutan itu, beliau menyarankan kerajaan supaya meneliti semula pembekuan tersebut dan pada masa sama mencadangkan agar pemilikan pekerja asing diberikan terus kepada syarikat peruncitan berbanding kepada agensi-agensi pekerjaan.
‘‘Pendekatan ini lebih baik kerana majikan mampu bertanggungjawab terus kepada pekerja berbanding agensi pekerjaan yang lebih cenderung untuk mendapat keuntungan,’’ tambahnya.
August 24, 2009
Fund Price
About Me
- Nuang
- Ibrahim bin Ramli@Nuang started his career with CIMB Wealth Advisors Berhad as Agency Manager in April, 2008.Previously he was an Internal Auditors and Accounts Executive with Perodua Sales Sdn Bhd since 17 August, 1994. His background:- 1.Certified of Achievement for Master Sales Leadership from Dr Lawrence Walter Ng of President of The Art Of Learning and International Of Learning Without Learning 2.Certified for eXtra Ordinary Performance of Lawrence Walter Award Certificate for One Million Ringgit Club 2007 3. Certified Life & General insurances 4. Conferred with Diploma in Business Studiess & Bachelor of Business Admin(Hons)Finance from UiTM, Terengganu Branch & Shah Alam respectively;
music
Create a playlist at MixPod.com