August 11, 2009

Malaysia paling diminati pelabur Taiwan

KUALA LUMPUR 10 Ogos - Perdagangan dua hala antara Taiwan dan Malaysia dijangka bernilai AS$10 bilion (RM35 bilion) tahun ini, menurun berbanding AS$12.3 bilion (RM43 bilion) yang dicatatkan pada tahun 2008.

Menurut Pejabat Kebudayaan dan Ekonomi Taipei di Malaysia, penurunan itu adalah berikutan krisis kewangan global."Pengurangan ini tidak begitu banyak kerana kerajaan Taiwan telah berusaha membantu sektor pembuatan tempatan untuk terus mengeksport serta mempromosikan eksport masing-masing," kata Pengarah Bahagian Ekonominya, Lin Min-Li, hari ini.

Pada 2008, import Taiwan dari Malaysia bernilai AS$6.8 bilion (RM23.8 bilion), sementara eksport AS$5.5 bilion (RM19.3 bilion)."Mengenai dagangan makanan tahun lepas, Taiwan mengeksport produk bernilai AS$48 juta (RM168 juta) kepada Malaysia. Ini bermaksud terdapat ruang pertumbuhan yang besar bagi dagangan makanan antara kedua-dua negara ini," kata Min-Li pada pelancaran produk laut dalam di sini hari ini.

Turut hadir ialah Pengarah Pusat Dagangan Taiwan, Pejabat Perwakilan Kuala Lumpur, Jeffrey Chu dan Pengurus Mariana Biotech Co. Ltd., Rachel Chen.Acara ini mempamerkan industri hospitaliti serta makanan dan minuman.

Pelancaran itu diadakan sempena Pameran Makanan Dan Hotel Malaysia (FHM 09) dari 11 hingga 14 Ogos di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur (KLCC).Ia juga memberi peluang kepada para profesional industri untuk berkongsi informasi.

Min-Li berkata, komitmen Malaysia terhadap pembangunan pasaran halal juga membuka peluang berpotensi untuk syarikat Taiwan memasuki pasaran 1.5 bilion penduduk Islam.
Sementara itu, Min-Li berkata, kerajaan Taiwan turut membantu dan menggalakkan pelabur untuk memasuki lima pasaran penting di Asia Tenggara-Filipina, Indonesia, Malaysia, Thailand dan Vietnam.

"Dari lima negara ini, Malaysia adalah yang paling berjaya dari segi pelaburan. Kami lebih sukakan Malaysia berikutan keadaan politiknya yang stabil, serta produk perkilangannya yang bagus."Ada lagi ruang untuk pelabur Taiwan datang ke Malaysia," katanya.

Menurut Min-Li, Taiwan berada di tangga ketiga dari segi pelaburan langsung asing di Malaysia bagi lima bulan pertama tahun ini.Mengenai FHM 09 - yang ke-10 dalam siri itu, Min-Li berkata, ia akan menyaksikan paling ramai delegasi Taiwan sejajar dengan usaha kerajaan untuk membantu perniagaan tempatan mendapatkan pasaran antarabangsa yang baru.

"Saya harap pameran empat hari ini akan menjana lebih banyak peluang untuk pertumbuhan dagangan makanan antara Taiwan dan Malaysia," tambahnya.Mengenai produk laut dalam Taiwan, ia dihasilkan oleh Mariana Biotech Co. Ltd. dan Kung-Long Biotech Co. Ltd.

Air laut dalam dikeluarkan dari 200 meter di bawah paras laut.Buat masa ini, air laut dalam hanya terdapat di tiga tempat di dunia - di pantai timur Taiwan, Jepun dan Hawaii di Amerika Syarikat. - BERNAMA

Fund Price

About Me

My photo
Ibrahim bin Ramli@Nuang started his career with CIMB Wealth Advisors Berhad as Agency Manager in April, 2008.Previously he was an Internal Auditors and Accounts Executive with Perodua Sales Sdn Bhd since 17 August, 1994. His background:- 1.Certified of Achievement for Master Sales Leadership from Dr Lawrence Walter Ng of President of The Art Of Learning and International Of Learning Without Learning 2.Certified for eXtra Ordinary Performance of Lawrence Walter Award Certificate for One Million Ringgit Club 2007 3. Certified Life & General insurances 4. Conferred with Diploma in Business Studiess & Bachelor of Business Admin(Hons)Finance from UiTM, Terengganu Branch & Shah Alam respectively;

music


MusicPlaylistRingtones
Create a playlist at MixPod.com

Followers