August 18, 2009

Bursa Malaysia lancar Bursa Suq Al-Sila'

KUALA LUMPUR 17 Ogos - Bursa Malaysia sedang berusaha memperkenalkan komoditi-komoditi lain yang berdaya maju untuk diniagakan di Bursa Suq Al-Sila' pada tahun ini selain mempelbagaikan jenis mata wang yang boleh digunakan dalam urus niaga itu.
Ini memungkinkan aset-aset fizikal seperti kereta dan barangan elektronik juga bakal diniagakan di bursa tersebut.

Bursa Suq Al-Sila' yang dilancarkan hari ini bererti pasaran komoditi dalam bahasa Arab. Ia sebelumnya dikenali sebagai Firma Murabahah Komoditi (Commodity Murabahah House) dan urus niaganya terbuka kepada institusi kewangan Islam dan pedagang komoditi.

Entiti itu yang mengendalikan perdagangan komoditi berlandaskan Syariah menggunakan konsep Murabahah, Tawarruq dan Musawwamah buat peringkat awal akan mengurus niaga kontrak minyak sawit mentah (msm) dalam ringgit dan kemudiannya menggunakan mata wang lain untuk menarik penyertaan asing.

Ketua Pegawai Eksekutifnya, Datuk Seri Yusli Mohamed Yusoff berkata: ''Komoditi awal yang akan diniagakan ialah MSM dan sehingga hari ini, transaksi daripada platform elektronik bernilai kira-kira RM200 juta.'' Menurut Yusli, transaksi ini tiada had dan dijangka bertambah dari semasa ke semasa. "Kami bercadang untuk menggunakan komoditi lain untuk didagangkan kerana Malaysia kaya dengan pelbagai aset dan sumber asli. "Buat masa ini, kami telah mengenalpasti beberapa komoditi terpilih tetapi masih dalam tahap perbincangan dengan pihak tertentu," katanya selepas pelancaran Bursa Suq Al-Sila, di sini hari ini.

Turut hadir sama, Menteri Kewangan Kedua, Datuk Seri Ahmad Husni Mohamad Hanadzlah dan Gabenor Bank Negara Malaysia, Tan Sri Dr. Zeti Akhtar Aziz. Yusli berkata, selain komoditi asli, pihaknya juga melihat kepada aset-aset fizikal seperti kereta dan barangan elektronik untuk diniagakan. "Pengenalan platform ini akan memperkukuhkan dua peserta global dari negara ini, iaitu institusi kewangan Islam dan pengeluar MSM," jelasnya.Tambah beliau, CIMB Islamic Bank Bhd. adalah institusi kewangan pertama yang terlibat dalam transaksi yang diniagakan, hari ini, katanya.

Sementara itu, Ketua Pegawai Eksekutif CIMB Islamic, Badlisyah Abdul Ghani berkata, terdapat potensi besar untuk pasaran komoditi."Pada tahun lalu, CIMB Islamic merekodkan transaksi bulanan secara purata sebanyak RM3 bilion, menerusi CMH. "Sehingga kini, transaksi bernilai RM6 bilion telah diniagakan oleh CIMB Islamic, " kata beliau lagi.

Fund Price

About Me

My photo
Ibrahim bin Ramli@Nuang started his career with CIMB Wealth Advisors Berhad as Agency Manager in April, 2008.Previously he was an Internal Auditors and Accounts Executive with Perodua Sales Sdn Bhd since 17 August, 1994. His background:- 1.Certified of Achievement for Master Sales Leadership from Dr Lawrence Walter Ng of President of The Art Of Learning and International Of Learning Without Learning 2.Certified for eXtra Ordinary Performance of Lawrence Walter Award Certificate for One Million Ringgit Club 2007 3. Certified Life & General insurances 4. Conferred with Diploma in Business Studiess & Bachelor of Business Admin(Hons)Finance from UiTM, Terengganu Branch & Shah Alam respectively;

music


MusicPlaylistRingtones
Create a playlist at MixPod.com

Followers