MASYARAKAT perniagaan Cina tempatan optimis persekitaran perniagaan dalam negara bakal menjadi lebih baik bagi separuh kedua tahun ini berdasarkan kesan kemelesetan ekonomi global ke atas negara Asia Tenggara semakin hampir berakhir.
Presiden Gabungan Dewan Perniagaan dan Industri Cina Malaysia (ACCCIM), Tan Sri William Cheng, berkata jangkaan pemulihan itu turut dibuat melihat petunjuk positif yang diraih di kalangan ahlinya, hasil pelaksanaan beberapa langkah pemulihan dan pengukuhan asas ekonomi oleh kerajaan secara agresif, bermula awal tahun ini.
“Setakat ini, ACCCIM melihat langkah yang diambil kerajaan dalam menangani kesan kemelesetan ekonomi global menerusi tumpuan merancakkan kembali pertumbuhan ekonomi negara dengan mewujudkan persekitaran yang kondusif dan mesra perniagaan bagi menarik pelaburan asing dan tempatan amat memberi kesan positif.
“Antaranya, kebanyakan ahli kami masih tetap bertahan dengan tidak membuang pekerja atau menyemak kembali unjuran hasil jualan masing-masing bagi keseluruhan tahun ini ke arah aliran menurun. “Justeru, ditambah jangkaan kesan aliran kemelesetan ekonomi global ke atas negara di Asia Tenggara ini sudah sampai ke penghujungnya, masyarakat perniagaan Cina tempatan optimis, persekitaran perniagaan dan ekonomi negara akan kembali baik pada separuh kedua tahun ini,” katanya pada taklimat media selepas mengumumkan laporan kaji selidik ACCCIM bagi separuh pertama 2009 serta tinjauan ekonomi Malaysia bagi separuh kedua di Kuala Lumpur, semalam. Katanya, prestasi ekonomi negara yang lebih baik tahun ini juga akan mendorong peningkatan Indeks Komposit di pasaran saham tempatan yang mengalami peningkatan sejak beberapa bulan lalu.
August 18, 2009
Fund Price
About Me
- Nuang
- Ibrahim bin Ramli@Nuang started his career with CIMB Wealth Advisors Berhad as Agency Manager in April, 2008.Previously he was an Internal Auditors and Accounts Executive with Perodua Sales Sdn Bhd since 17 August, 1994. His background:- 1.Certified of Achievement for Master Sales Leadership from Dr Lawrence Walter Ng of President of The Art Of Learning and International Of Learning Without Learning 2.Certified for eXtra Ordinary Performance of Lawrence Walter Award Certificate for One Million Ringgit Club 2007 3. Certified Life & General insurances 4. Conferred with Diploma in Business Studiess & Bachelor of Business Admin(Hons)Finance from UiTM, Terengganu Branch & Shah Alam respectively;
music
Create a playlist at MixPod.com