TIADA keperluan untuk menyenaraikan Petronas di bursa saham, tetapi syarikat minyak kebangsaan itu akan menimbangkan penyenaraian anak syarikatnya, kata Presiden dan Ketua Eksekutifnya, Tan Sri Mohd Hassan Marican.
Beliau berkata, beberapa anak syarikat Petronas seperti MISC Bhd, Petronas Gas Bhd dan Petronas Dagangan Bhd, sudah disenaraikan di Bursa Malaysia. “Seperti yang kami nyatakan sebelum ini, tiada keperluan bagi Petronas (untuk disenaraikan), tetapi kami akan mengkaji dan terus menambah jumlah anak syarikat yang disenaraikan pada masa akan datang.
“Bagaimanapun, buat masa ini tiada sebarang cadangan sebegitu,” katanya pada sidang media selepas majlis penyerahan plak oleh Gabenor Bank Negara Malaysia, Tan Sri Dr Zeti Akhtar Aziz sempena penerbitan bon dan sukuk Emas dalam nilai dolar Amerika syarikat (AS) bernilai AS$4.5 bilion oleh syarikat minyak negara itu.
Mohd Hassan berkata demikian ketika ditanya mengenai gesaan pihak tertentu supaya Petronas disenaraikan di Bursa Malaysia bagi meningkatkan kecairan di pasaran saham tempatan. Mengenai cadangan aktiviti penerokaan minyak dan gas secara bersama antara Malaysia dan Brunei, Mohd Hassan berkata, perbincangan lanjut pada peringkat kerajaan dan syarikat minyak antara dua negara perlu diadakan.
“Seperti yang saya nyatakan, industri minyak dan gas memerlukan tempoh lama untuk dibangunkan. Tempoh tiga hari (selepas kerjasama itu diumumkan) adalah terlalu pendek. Perbincangan lanjut mengenainya perlu diadakan,” katanya.
August 11, 2009
Fund Price
About Me
- Nuang
- Ibrahim bin Ramli@Nuang started his career with CIMB Wealth Advisors Berhad as Agency Manager in April, 2008.Previously he was an Internal Auditors and Accounts Executive with Perodua Sales Sdn Bhd since 17 August, 1994. His background:- 1.Certified of Achievement for Master Sales Leadership from Dr Lawrence Walter Ng of President of The Art Of Learning and International Of Learning Without Learning 2.Certified for eXtra Ordinary Performance of Lawrence Walter Award Certificate for One Million Ringgit Club 2007 3. Certified Life & General insurances 4. Conferred with Diploma in Business Studiess & Bachelor of Business Admin(Hons)Finance from UiTM, Terengganu Branch & Shah Alam respectively;
music
Create a playlist at MixPod.com