August 11, 2009

Ekonomi dunia pulih 2 tahun

KUALA LUMPUR 10 Ogos - Dunia telah berjaya menepis daripada berlakunya Great Depression (zaman kemelesetan dunia pada tahun 1930) tetapi ia dijangka mengambil masa sekurang-kurangnya dua tahun lagi atau lebih untuk pulih sepenuhnya.

Pakar ekonomi terkemuka dunia, Paul Krugman berkata, meskipun saat-saat getir krisis ekonomi sudah berlalu tetapi dunia kini sedang berhadapan dengan kelembapan ekonomi yang berpanjangan.

Beliau yang merupakan pemenang hadiah nobel Ekonomi dan Profesor Ekonomi di Universiti Princeton menyamakan keadaan semasa yang dialami kini sama seperti 'abad kegelapan' Jepun pada tahun 1990an.

''Bagaimana mana dunia berjaya menempisnya? Tidak siapa yang boleh memberi jawapan kepada persoalan tersebut kerana hanya Tuhan sahaja yang tahu.

''Lebih menyukarkan, dunia kini sebenarnya ketiadaan model ekonomi yang boleh menyelamatkannya daripada keadaan yang dihadapi sekarang,'' katanya ketika menyampaikan ucapan di Simposium Pasaran-pasaran Modal Dunia di sini hari ini.

Simposium itu yang dianjurkan oleh Suruhanjaya Sekuriti (SC) dan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak menjadi tetamu kehormatnya, diadakan selama dua hari bermula hari ini.
Krugman berkata, berdasarkan sejarah krisis ekonomi lalu, pemulihan ekonomi dilihat lebih pantas berlaku sekiranya negara-negara yang berasaskan eksport mampu mengeksport barangan ke sebuah negara besar.

Bagaimanapun, sekarang dunia tidak lagi memiliki negara seumpama itu kecualilah terdapat 'sebuah planet' lain di muka bumi ini.''Hakikat perlu diterima bahawa sekarang tiada sebuah negara pun yang boleh menjadi penyelamat. Dunia sekarang sedang mengalami masalah untuk pulih,'' ujarnya.

Namun beliau tidak menolak perbelanjaan pengguna, permintaan hartanah dan pelaburan merupakan antara penyelamat yang mampu memulihkan ekonomi dunia walaupun tanda-tandanya masih belum nampak dalam ekonomi Amerika Syarikat (AS) dan dunia yang lain.

Krugman berkata, kekusutan untuk memulihkan semula ekonomi dunia menyebabkan kebanyakan pakar ekonomi terpaksa merujuk kembali kepada proses yang berlaku ketika 'Great Depression'.

''Tetapi apa yang diperoleh mereka adalah pemulihan Great Depression adalah disebabkan berlakunya Perang Dunia kedua.''Saya sangat berharap strategi (pemulihan ekonomi zaman itu) tidak berulang sekarang (pulih dengan berlakunya peperangan),'' katanya secara berseloroh.

Sebaliknya, Krugman berkata, penggubal dasar ekonomi perlu membanyakkan pelan rangsangan, menyasarkan peningkatan inflasi dan mengembangkan pelaburan.
''Pertumbuhan eksport dan ekonomi memang ada menunjukkan peningkatan tetapi pemulihannya amat mengecewakan.

''Perbelanjaan yang dikeluarkan kerajaan tidak memberikan kesan berpanjangan dan kadar pengangguran masih lagi tinggi.''Pemulihan segera yang diharapkan seperti krisis ekonomi 1997/98 nampaknya tidak berlaku,'' tambah Krugman.

Jelas beliau, memandangkan seluruh dunia tidak mengetahui yang mana satu pendekatan atau langkah terbaik dalam memulihkan ekonomi, maka dunia perlu mencuba semua cara yang ada.
Berikutan itu, beliau menyarankan sistem kewangan distruktur semula untuk mengelakkan krisis yang berlaku berulang lagi.

Untuk menjadi lebih efektif, Krugman berkata, sistem perbankan perlu peraturan yang lebih efektif dan had-had tertentu dalam mengendalikan risiko.''Ini penting kerana secara prinsipnya setiap yang berlaku semasa krisis perlu diselamatkan, seperti bank-bank,'' katanya.

Fund Price

About Me

My photo
Ibrahim bin Ramli@Nuang started his career with CIMB Wealth Advisors Berhad as Agency Manager in April, 2008.Previously he was an Internal Auditors and Accounts Executive with Perodua Sales Sdn Bhd since 17 August, 1994. His background:- 1.Certified of Achievement for Master Sales Leadership from Dr Lawrence Walter Ng of President of The Art Of Learning and International Of Learning Without Learning 2.Certified for eXtra Ordinary Performance of Lawrence Walter Award Certificate for One Million Ringgit Club 2007 3. Certified Life & General insurances 4. Conferred with Diploma in Business Studiess & Bachelor of Business Admin(Hons)Finance from UiTM, Terengganu Branch & Shah Alam respectively;

music


MusicPlaylistRingtones
Create a playlist at MixPod.com

Followers