August 25, 2009

Blue Archipelago labur RM150j perluas operasi

BLUE Archipelago Bhd, anak syarikat Khazanah Nasional Bhd yang menguruskan ladang ternakan udang harimau di Kerpan, Air Hitam, Kedah, akan meluaskan operasinya dengan membuka ladang ternakan di Setiu, Terengganu membabitkan pelaburan RM150 juta.

Ketua Eksekutifnya, Dr Shahridan Faiez, berkata ladang ternakan itu beroperasi sepenuhnya menjelang pertengahan tahun depan. Beliau berkata, ia akan meningkat kapasiti penghasilan udang syarikat itu kepada 15,000 tan setahun daripada 3,000 tan dan dijangka menjana pendapatan RM100 juta setahun.

“Ladang ternakan itu akan dimajukan di tapak seluas 1,000 hektar yang mampu menghasilkan 15,000 tan udang setahun. Dengan kapasiti yang besar itu kami bukan saja mampu memenuhi permintaan di pasaran tempatan, tetapi juga eksport,” katanya di Petaling Jaya, semalam.

Beliau ditemui selepas seminar ‘Tinjauan Pasaran Udang dan Makanan Laut di Amerika Syarikat (AS)’ yang menyaksikan pembentangan kertas kerja oleh Naib Presiden Kanan bagi Inovasi Rantaian Belian dan Bekalan Darden Restaurants, Bill Herzig. Blue Archipelago mengambil alih operasi dan pengurusan ladang ternakan udang harimau bersepadu milik Kedah Aquaculture Sdn Bhd (KASB) secara pajakan selama 30 tahun.

Sebagai persediaan menghasilkan udang bermutu tinggi untuk pasaran eksport, Shahridan berkata, syarikat itu sedang membina kemudahan pemprosesan udang di Kedah, membabitkan pelaburan RM20 juta. Kemudahan yang mampu memproses udang sebanyak 20 tan sehari itu dijangka siap menjelang akhir tahun ini.

“Tumpuan kami bukan saja untuk mengeluarkan udang harimau bermutu tinggi, tetapi juga dengan jumlah yang besar dan tetap serta memenuhi keperluan pelanggan yang juga berkualiti dari Amerika Syarikat, Eropah dan Jepun.

“Untuk tujuan itu, kami bukan saja membina kemudahan pemprosesan yang lengkap, tetapi juga membuat sendiri rekaan kemudahan mengikut ciri keperluan pelanggan termasuk menerapkan amalan pengeluaran yang baik (GMP),” katanya.

Sementara itu, Herzig berkata, Darden Restaurants adalah pengendali restoran makanan laut secara hidangan terbesar di dunia dengan rangkaian 1,700 buah restoran termasuk di Kanada dan Jepun. Syarikat itu, katanya sedang berusaha mengembangkan rangkaian operasinya, terutama di Asia. Syarikat yang sudah beroperasi sejak 1968 itu menjana pendapatan tahunan AS$7.2 bilion setahun dengan purata pelanggan kira-kira 400 juta orang setahun.

Fund Price

About Me

My photo
Ibrahim bin Ramli@Nuang started his career with CIMB Wealth Advisors Berhad as Agency Manager in April, 2008.Previously he was an Internal Auditors and Accounts Executive with Perodua Sales Sdn Bhd since 17 August, 1994. His background:- 1.Certified of Achievement for Master Sales Leadership from Dr Lawrence Walter Ng of President of The Art Of Learning and International Of Learning Without Learning 2.Certified for eXtra Ordinary Performance of Lawrence Walter Award Certificate for One Million Ringgit Club 2007 3. Certified Life & General insurances 4. Conferred with Diploma in Business Studiess & Bachelor of Business Admin(Hons)Finance from UiTM, Terengganu Branch & Shah Alam respectively;

music


MusicPlaylistRingtones
Create a playlist at MixPod.com

Followers