August 21, 2009

HDC, empat bank Islam tempatan jalin kerjasama

HALAL Industry Development Corporation Sdn Bhd (HDC) menjalinkan kerjasama dengan empat bank Islam tempatan bagi memudahkan syarikat perusahaan kecil dan sederhana (PKS) yang terbabit dalam industri halal mendapatkan pembiayaan perkembangan perniagaan menerusi skim jaminan kerajaan. Bank itu ialah Bank Kerjasama Rakyat Malaysia Bhd (Bank Rakyat), Maybank Islamic Bhd; HSBC Amanah Malaysia Bhd dan CIMB Islamic Bank Bhd.

Mengikut kerjasama itu, bank Islam yang terbabit akan memudahkan proses kelulusan pinjaman kepada PKS dalam halal industri halal berdasarkan cadangan dan penilaian daya maju projek yang dibuat HDC.

Ketua Eksekutif HDC, Datuk Seri Jamil Bidin, berkata matlamat kerjasama itu bagi membantu peserta industri halal tempatan meneroka pasaran halal baru dan mengembangkan potensi eksport masing-masing. “HDC memahami cabaran dihadapi syarikat dalam industri halal ini, antaranya kesukaran mendapat biaya.

“Kami berharap menerusi kerjasama ini, syarikat berkenaan akan lebih mudah mendapatkan pembiayaan menggunakan skim jaminan kerajaan bagi membantu mereka mengekal dan mengembangkan perniagaan,” katanya pada sidang media selepas majlis memeterai memorandum persetujuan (MoA) bagi kerjasama itu di Petaling Jaya, semalam.

Pada majlis itu, Jamil mewakili HDC manakala Bank Rakyat diwakili Pengurus Besar Perbankan Komersialnya, Yusof Abdul Rahman; Maybank Islamic oleh Naib Presiden Eksekutif, Ketua Pembangunan Perniagaan, Haron Kassim; CIMB Islamic oleh Ketua Perbankan Pengguna, Hamzah Saari, manakala HSBC Amanah oleh Ketua Eksekutifnya, Musa Abdul Malek. Ia disaksikan Timbalan Menteri Kewangan, Datuk Dr Awang Adek Hussin dan Pengerusi HDC, Tan Sri Dr Syed Jalaludin Syed Salim. Jamil berkata, selain dengan empat bank Islam itu, HDC merancang meluaskan kerjasama itu bagi meliputi lebih banyak bank pada masa depan.

Sementara itu, Awang Adek berkata, kerajaan menyediakan dana RM5 bilion bagi skim jaminan kerajaan yang banyak membantu syarikat yang sebelum ini berdepan kesukaran mendapatkan pembiayaan diberikan perhatian semula pihak bank.

“Dengan adanya skim seumpama ini, bank lebih cenderung memberikan pinjaman kerana sebahagian besar daripada risiko di atas pinjaman itu ditanggung oleh kerajaan iaitu pada nisbah 80:20,” katanya.

Fund Price

About Me

My photo
Ibrahim bin Ramli@Nuang started his career with CIMB Wealth Advisors Berhad as Agency Manager in April, 2008.Previously he was an Internal Auditors and Accounts Executive with Perodua Sales Sdn Bhd since 17 August, 1994. His background:- 1.Certified of Achievement for Master Sales Leadership from Dr Lawrence Walter Ng of President of The Art Of Learning and International Of Learning Without Learning 2.Certified for eXtra Ordinary Performance of Lawrence Walter Award Certificate for One Million Ringgit Club 2007 3. Certified Life & General insurances 4. Conferred with Diploma in Business Studiess & Bachelor of Business Admin(Hons)Finance from UiTM, Terengganu Branch & Shah Alam respectively;

music


MusicPlaylistRingtones
Create a playlist at MixPod.com

Followers