August 24, 2009

Potensi makanan siap masak di AS

NEW JERSEY (AS) 23 Ogos - Selepas kunjungan delegasi Program Malaysia Kitchen Perbadanan Perdagangan Luar Malaysia (Matrade) kira-kira dua minggu lepas di New York, seorang daripada lapan anggota delegasi Matrade kini mengunjungi pantai barat negara itu untuk mempromosi eksport makanan siap proses Malaysia ke pasaran Amerika Syarikat (AS).
Prakas Nair, Pengarah (Amerika) di ibu pejabat Matrade di Kuala Lumpur, memperkatakan mengenai potensi perniagaan yang baik untuk produk makanan siap proses Malaysia di pasaran AS.

"Kini kesedaran mengenai potensi pertumbuhan kukuh produk eksport makanan siap proses Malaysia semakin meningkat di Amerika Syarikat, dengan mengambil kira bahawa jenama Malaysia bermaksud kualiti dan boleh dipercayai," kata Nair semasa sesi pemadanan antara para pengeksport Malaysia dan pengimport AS di Westin Hotel di Jersey City, New Jersey baru-baru ini.

"Makanan siap proses semakin penting dalam eksport Malaysia. Pada 2008 kami mengeksport makanan proses ke Amerika Syarikat bernilai AS$300 juta (RM1.05 bilion) daripada eksport makanan proses global yang bernilai kira-kira AS$ 3.6 bilion (RM12.6 bilion).

"Produk koko, makanan laut dan sebagainya merupakan antara produk makanan siap proses yang dieksport," kata Nair, dan menambah terdapat potensi untuk menambah eksport makanan siap proses di pasaran Amerika Syarikat.

Ditanya mengapa pengeksport makanan proses Malaysia tidak menyertai New York Fancy Food Show yang berlangsung di sini lewat Jun lepas, Nair berkata Matrade menggunakan "pendekatan inovatif" yang bertumpu terhadap pemadanan antara pembeli khusus dan pembekal masing-masing.

"Pemadanan antara pembekal dan pengimport dilakukan khusus untuk mempromosi hubungan perniagaan secara langsung. Berdasarkan pengalaman kami, inilah cara yang lebih baik untuk mempromosi hubungan berbanding menyertai pameran perdagangan, di mana terdapat pengalihan perhatian dengan kedua-dua pembekal dan pembeli tidak dapat memberi masa yang berkualiti terhadap perbincangan.

"Selain itu, cara ini tidak memerlukan kos yang tinggi berbanding menyertai pameran perdagangan," katanya.

Menurut Nair, proses yang sama dijalankan tahun lepas apabila delegasi yang diketuai Matrade mengunjungi Vancouver dan Los Angeles. "Selepas kunjungan ke pantai barat itu, kami merasakan perlu menjalankan proses yang sama di dua bandar raya di pantai timur itu," katanya.

Menyifatkan acara itu sebagai berjaya berdasarkan pertemuan-pertemuan eksklusif antara pengimport dan pengeksport, Nair berkata, Matrade sedang berusaha menjalankan lebih banyak misi seumpama itu untuk produk lain seperti tekstil dan pakaian, perabut dan lain-lain.
Berdasarkan maklum balas yang dierima daripada kebanyakan pengeksport, reaksinya sangat positif," katanya.

Selepas kunjungan ke pantai timur Amerika Syarikat, delegasi itu berlepas ke Toronto, Kanada pada Rabu memandangkan selain Amerika Syarikat, Kanada juga merupakan pasaran etnik yang makmur yang berpotensi menerima lebih banyak produk makanan siap proses Malaysia.
Namun, Matrade juga berminat menembusi pasaran utama AS, dan bukan tertumpu terhadap penembusan dalam pasaran etnik semata-mata, katanya.

"Kami juga cuba menembusi pasaran utama. Kami melihat ada peluang untuk menggunakan standard makanan berkualiti tinggi Malaysia, terutama ketika ini kita mempunyai kelebihan berbanding pembekal lain yang standard kualitinya diragui di kalangan pengguna.
"Jenama makanan Malaysia kukuh kerana kualitinya," kata Nair merujuk produk makanan dari China yang kualitinya dipantau rapat. - Bernama

Fund Price

About Me

My photo
Ibrahim bin Ramli@Nuang started his career with CIMB Wealth Advisors Berhad as Agency Manager in April, 2008.Previously he was an Internal Auditors and Accounts Executive with Perodua Sales Sdn Bhd since 17 August, 1994. His background:- 1.Certified of Achievement for Master Sales Leadership from Dr Lawrence Walter Ng of President of The Art Of Learning and International Of Learning Without Learning 2.Certified for eXtra Ordinary Performance of Lawrence Walter Award Certificate for One Million Ringgit Club 2007 3. Certified Life & General insurances 4. Conferred with Diploma in Business Studiess & Bachelor of Business Admin(Hons)Finance from UiTM, Terengganu Branch & Shah Alam respectively;

music


MusicPlaylistRingtones
Create a playlist at MixPod.com

Followers