August 19, 2009

Dagangan 6 bulan negara RM441 bilion

KUCHING 18 Ogos - Malaysia merekodkan jumlah dagangan bernilai RM441.8 bilion bagi tempoh enam bulan pertama tahun ini, kata Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Datuk Mustapa Mohamed.

Beliau berkata, eksport Malaysia dalam tempoh yang sama berjumlah RM250.5 bilion manakala nilai import RM191.3 bilion, sekali gus mewakilia lebihan dagangan sebanyak RM59.2 bilion.
Katanya, prestasi dagangan Malaysia bagi tempoh 2009 masih bergantung kepada keadaan ekonomi global dan pencapaian oleh rakan-rakan dagangan utamanya.

''Baru-baru ini, Bank Negara Malaysia (BNM) melaporkan bahawa keadaan ekonomi Malaysia masih stabil dan tanda-tanda pemulihan ditunjukkan pada suku kedua tahun ini menerusi pelaksanaan pakej rangsangan ekonomi dan pemulihan ekonomi global," katanya.Beliau berkata demikian semasa berucap di Majlis Seminar dan Dialog Pelaburan dan Perniagaan Sarawak bagi Sektor Pembuatan dan Perkhidmatan di sini hari ini.

Turut hadir, Ketua Menteri Sarawak, Tan Sri Abdul Taib Mahmud dan Timbalan Ketua Menteri, Tan Sri Dr. George Chan Hong Nam dan Tan Sri Alfred Jabu Numpang serta Timbalan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Datuk Jacob Dungau Sagan.

Mustapa memberitahu, negara-negara ASEAN merupakan rakan dagangan utama Malaysia dengan merangkumi sebanyak 25 peratus daripada jumlah dagangan negara ini.
''Setakat ini kita berada di kedudukan ke-27 negara dagangan terbesar dunia yang menjalankan urus niaga dengan melebihi 230 buah negara," jelas beliau.Sementara itu, Mustapa berkata, Sarawak merupakan negeri penerima pelaburan terbesar untuk sektor pembuatan bagi tempoh enam bulan pertama tahun ini.Tambahnya, jumlah pelaburan yang diluluskan bagi Sarawak dalam tempoh itu bernilai RM7.3 bilion.

Sementara itu, Mustapa memberitahu, Sarawak menerima pelaburan terbesar di Malaysia bagi tempoh enam bulan pertama tahun ini dengan jumlah RM7.3 bilion, mewakili 45.9 peratus daripada RM15.9 bilion dalam sektor pembuatan.

''Daripada jumlah yang diluluskan di Sarawak, sebanyak 24.7 peratus atau RM1.8 bilion adalah daripada sumber tempatan manakala 75.3 peratus atau RM5.5 bilion daripada pelabur asing,'' katanya.

Fund Price

About Me

My photo
Ibrahim bin Ramli@Nuang started his career with CIMB Wealth Advisors Berhad as Agency Manager in April, 2008.Previously he was an Internal Auditors and Accounts Executive with Perodua Sales Sdn Bhd since 17 August, 1994. His background:- 1.Certified of Achievement for Master Sales Leadership from Dr Lawrence Walter Ng of President of The Art Of Learning and International Of Learning Without Learning 2.Certified for eXtra Ordinary Performance of Lawrence Walter Award Certificate for One Million Ringgit Club 2007 3. Certified Life & General insurances 4. Conferred with Diploma in Business Studiess & Bachelor of Business Admin(Hons)Finance from UiTM, Terengganu Branch & Shah Alam respectively;

music


MusicPlaylistRingtones
Create a playlist at MixPod.com

Followers