August 24, 2009

Saham dijangka dalam jajaran kecil minggu ini

KUALA LUMPUR 23 Ogos - Kekurangan faktor penggerak pasaran tempatan yang baru dijangka memberi kesan kepada harga saham dalam negara dengan dagangan dijangka kekal dalam jajaran kecil minggu ini.

Pasaran akan hanya bergantung kepada pasaran Dow Jones untuk petunjuk bagi mengekalkan momentum."Tidak banyak kenaikan atau penurunan dalam pasaran memandangkan tidak ada langsung perkembangan utama," kata Phua Kwee Hock dari SJ Securities.

Sekiranya tiada perkembangan baru, beliau menjangka Indeks Komposit Kuala Lumpur FTSE Bursa Malaysia (FBM KLCI) akan berlegar dalam lingkungan semasa dengan paras halangan pada paras 1,17 5 mata.

"Sebarang peningkatan akan disebabkan oleh lantunan teknikal," katanya sambil menambah bahawa paras sokongan boleh mencecah serendah 1,143 mata minggu ini.Kwee Hock berkata, angka suku kedua Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) yang akan diumumkan pada 26 Ogos ini tidak mempunyai sebarang kesan terhadap prestasi bursa tempatan.

"Saya tidak fikir ia akan memberi kesan yang banyak memandangkan kita menjangka pertumbuhan yang lebih baik pada separuh pertama."Bank Negara Malaysia telah menyatakan KDNK suku kedua tidak menggalakkan, yang telah diambil kira oleh pasaran. Bagaimanapun, ia merupakan angka negatif akhir yang akan memberi kesan pada pasaran," jelas beliau.

Bagi minggu yang baru berakhir, pasaran pulih pada Khamis selepas berada dalam lingkungan negatif selama tiga hari berturut-turut seiring dengan trend yang lemah di Wall Street.
Pada Jumaat, bursa tempatan tidak menentu tetapi melantun semula untuk ditutup bercampur-campur berikutan belian lewat.

Pasaran bergerak dalam jajaran 1,155.53 dan 1,169.05 mata semasa hari berkenaan dengan KNM menjadi saham paling aktif.

Bagi asas minggu ke minggu, FBM KLCI rugi 24.78 mata untuk ditutup pada 1,163,79, Indeks Kewangan susut 233.9 mata kepada 9,416.29, Indeks Perladangan jatuh 240.28 mata kepada 5,826.68 manakala Indeks Perusahaan berkurangan 35.54 mata kepada 2,573.51.

Bagi siri Indeks FTSE-BM, Indeks FBM Emas susut 198.81 mata pada 7,862.45, Indeks FBM Top 100 jatuh 174.55 mata kepada 7,637.99 dan Indeks FBM ACE mengakhiri minggu dengan merosot 100.63 mata pada 4,205.84.

Jumlah dagangan berkurangan kepada 4.190 bilion saham bernilai RM6.208 bilion daripada minggu sebelumnya pada 5.311 bilion saham bernilai RM7.902 bilion.Jumlah dagangan di Papan Utama turun kepada 3.799 bilion unit bernilai RM6.133 bilion berbanding 4.818 bilion unit bernilai RM7.801 bilion sebelumnya.

Jumlah dagangan pasaran ACE turun kepada 224.549 juta saham bernilai RM37.814 juta daripada 256.909 juta saham bernilai RM41.045 juta minggu sebelumnya.Waran belian menyusut kepada 149.562 juta unit bernilai RM30.152 juta daripada jumlah dagangan minggu sebelumnya sebanyak 238.830 juta saham bernilai RM48.924 juta. - BERNAMA

Fund Price

About Me

My photo
Ibrahim bin Ramli@Nuang started his career with CIMB Wealth Advisors Berhad as Agency Manager in April, 2008.Previously he was an Internal Auditors and Accounts Executive with Perodua Sales Sdn Bhd since 17 August, 1994. His background:- 1.Certified of Achievement for Master Sales Leadership from Dr Lawrence Walter Ng of President of The Art Of Learning and International Of Learning Without Learning 2.Certified for eXtra Ordinary Performance of Lawrence Walter Award Certificate for One Million Ringgit Club 2007 3. Certified Life & General insurances 4. Conferred with Diploma in Business Studiess & Bachelor of Business Admin(Hons)Finance from UiTM, Terengganu Branch & Shah Alam respectively;

music


MusicPlaylistRingtones
Create a playlist at MixPod.com

Followers