August 28, 2009

RM200j tingkat pembangunan kapasiti

Oleh Zuraidah Mohamed zmohamed@bharian.com.my

INSTITUT Kewangan Asia (AIF) yang ditubuhkan Bank Negara Malaysia (BNM) dan Suruhanjaya Sekuriti (SC) bagi meningkatkan pembangunan modal insan dalam sektor kewangan, akan melaksanakan pelbagai program pembangunan kapasiti dalam tempoh tiga tahun membabitkan pelaburan lebih RM200 juta.

AIF yang dikenali Pusat Pendidikan Perkhidmatan Kewangan (FSEC) sejak penubuhannya November tahun lalu, akan menyediakan penyelesaian latihan yang berkualiti merangkumi pelbagai bidang dalam sektor kewangan termasuk perbankan, insurans, takaful dan pasaran modal. Ketika ini, AIF bekerjasama dengan empat institusi latihan iaitu Institut Bank-Bank Malaysia (IBBM), Institut Perbankan dan Kewangan Islam Malaysia (IBFIM), Institut Insurans Malaysia (MII) dan Perbadanan Pembangunan Industri Sekuriti (SIDC).

Gabenor Bank Negara, Tan Sri Zeti Akhtar Aziz, berkata AIF akan melaksanakan lebih 100 program pembangunan kapasiti di kalangan profesional dalam sektor kewangan dalam tempoh tiga tahun. Katanya, AIF turut menerima peruntukan dana lebih RM200 juta daripada bank pusat dan juga pihak industri bagi melaksanakan pelbagai program peningkatan modal insan di kalangan tenaga kerja sektor kewangan.

“Pembangunan modal insan dalam sektor kewangan penting bagi membantu kepada peralihan ekonomi pada masa depan,” katanya sempena pelancaran AIF di Kuala Lumpur, semalam.

Fund Price

About Me

My photo
Ibrahim bin Ramli@Nuang started his career with CIMB Wealth Advisors Berhad as Agency Manager in April, 2008.Previously he was an Internal Auditors and Accounts Executive with Perodua Sales Sdn Bhd since 17 August, 1994. His background:- 1.Certified of Achievement for Master Sales Leadership from Dr Lawrence Walter Ng of President of The Art Of Learning and International Of Learning Without Learning 2.Certified for eXtra Ordinary Performance of Lawrence Walter Award Certificate for One Million Ringgit Club 2007 3. Certified Life & General insurances 4. Conferred with Diploma in Business Studiess & Bachelor of Business Admin(Hons)Finance from UiTM, Terengganu Branch & Shah Alam respectively;

music


MusicPlaylistRingtones
Create a playlist at MixPod.com

Followers