August 11, 2009

Dagangan ringgit rendah

KUALA LUMPUR 10 Ogos - Ringgit ditutup rendah berbanding dolar AS hari ini berikutan permintaan lemah terhadap mata wang tempatan itu, kata para peniaga. Dolar AS juga kekal kukuh berbanding mata wang utama berikutan pengumuman data pekerjaan AS yang positif.
Dolar kekal kukuh disebabkan pengumuman angka pengangguran yang lebih baik daripada yang dijangkakan.

Data yang diumumkan pada Jumaat lepas menunjukan majikan AS mengurangkan hanya 247,000 perkerjaan pada bulan Julai berbanding 443,000 sebulan terdahulu sambil menambah pengurangan itu tidak bigitu teruk berbanding pengurangan 275,000 yang diunjurkan oleh pakar ekonomi.

Ringgit susut berbanding dolar AS hari ini pada 3.5010/5060 daripada 3.4990/4020 pada Jumaat.Bagaimanapun, ringgit naik berbanding dolar Singapura pada 2.4297/4346 daripada 2.4343/4384 pada Jumaat minggu lepas dan meningkat berbanding yen pada 3.5993/6048 daripada 3.6770/6813 sebelumnya.

Ringgit juga tinggi berbanding pound British pada 5.8264/8354 daripada 5.8507/8571 Jumaat minggu lepas dan naik berbanding euro pada 4.9697/9775 daripada 5.0239/0292 sebelumnya.
- Bernama

Fund Price

About Me

My photo
Ibrahim bin Ramli@Nuang started his career with CIMB Wealth Advisors Berhad as Agency Manager in April, 2008.Previously he was an Internal Auditors and Accounts Executive with Perodua Sales Sdn Bhd since 17 August, 1994. His background:- 1.Certified of Achievement for Master Sales Leadership from Dr Lawrence Walter Ng of President of The Art Of Learning and International Of Learning Without Learning 2.Certified for eXtra Ordinary Performance of Lawrence Walter Award Certificate for One Million Ringgit Club 2007 3. Certified Life & General insurances 4. Conferred with Diploma in Business Studiess & Bachelor of Business Admin(Hons)Finance from UiTM, Terengganu Branch & Shah Alam respectively;

music


MusicPlaylistRingtones
Create a playlist at MixPod.com

Followers