August 19, 2009

KWSP: Ramai pilih keluar 55 tahun

KUALA LUMPUR 18 Ogos - Pengeluaran wang di kalangan pencarum fleksibel berusia 55 tahun meningkat sebanyak 105.45 peratus pada suku kedua tahun ini berbanding tempoh yang sama tahun lalu.

Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) dalam kenyataannya di sini berkata, sepanjang suku kedua itu, sebanyak 13,533 permohonan telah diluluskan, bertambah 6,587 permohonan.
Jumlah pengeluaran itu mencecah RM705.89 juta berbanding pengeluaran pada suku pertama 2009 sebanyak RM505.94 juta.

Ketua Eksekutifnya, Tan Sri Azlan Zainol berkata, KWSP mengambil langkah yang betul apabila memperkenalkan produk bukan hanya simpanan, strategik inisiatif yang diperkenalkan pada 2007.Ia menawarkan pencarum pilihan untuk mengambil simpanan KWSP mereka secara ansuran atau ad hoc, bagi membolehkan ahli-ahlinya menguruskan simpanan persaraan dan memanjangkan simpanan pada tempoh yang lebih lama.Bagaimanapun, katanya pengeluaran sekali gus pada usia 55 tahun masih kekal menjadi pilihan ahli-ahli.

Pada suku kedua 2009, KWSP menerima 39,901 permohonan untuk pengeluaran diluluskan, naik 22.67 peratus berbanding 32,526 permohonan diluluskan pada suku kedua 2008.
Jumlah pengeluaran yang dibuat pada suku kedua adalah RM1.8 bilion berbanding RM1.36 bilion pada suku kedua tahun lalu.

Pengeluaran simpanan melebihi daripada RM1 juta turut mencatatkan peningkatan pada suku kedua.Pada tempoh itu, jumlah permohonan yang diluluskan bertambah 64.56 peratus kepada 339 berbanding 206 permohonan pada suku kedua tahun lalu.Jumlah pengeluaran pada suku kedua ini adalah sebanyak RM115.68 juta berbanding RM83.18 juta pada suku pertama 2009.

Kenyataan itu berkata, sepanjang tempoh kajian, kadar majikan yang gagal menyumbang kepada KWSP jatuh kepada 1.91 peratus berbanding 2.20 pada suku kedua 2008.

Fund Price

About Me

My photo
Ibrahim bin Ramli@Nuang started his career with CIMB Wealth Advisors Berhad as Agency Manager in April, 2008.Previously he was an Internal Auditors and Accounts Executive with Perodua Sales Sdn Bhd since 17 August, 1994. His background:- 1.Certified of Achievement for Master Sales Leadership from Dr Lawrence Walter Ng of President of The Art Of Learning and International Of Learning Without Learning 2.Certified for eXtra Ordinary Performance of Lawrence Walter Award Certificate for One Million Ringgit Club 2007 3. Certified Life & General insurances 4. Conferred with Diploma in Business Studiess & Bachelor of Business Admin(Hons)Finance from UiTM, Terengganu Branch & Shah Alam respectively;

music


MusicPlaylistRingtones
Create a playlist at MixPod.com

Followers