August 25, 2009

Untung bersih enam bulan RHB Capital RM530.2 juta

RHB Capital Bhd, kumpulan perbankan yang dikuasai Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP), mencatatkan keuntungan bersih RM530.2 juta dalam separuh pertama tahun ini, peningkatan 7.4 peratus daripada RM493.5 juta diraihnya dalam tempoh sama tahun lalu.

Prestasi lebih baik itu disumbangkan terutama oleh pertumbuhan kukuh dalam pendapatan faedah bersih dan pendapatan lebih tinggi daripada perniagaan perbankan Islamnya, manakala pengiraan semula yang lebih tinggi ke atas kerugian telah diimbangi oleh peningkatan potongan bagi kerugian pinjaman dan penurunan lain-lain perbelanjaan operasi.

Dalam tempoh dikaji, pendapatan faedah bersihnya meningkat sebanyak RM77.7 juta atau tujuh peratus kepada RM1.2 bilion berikutan pengembangan dalam asas pinjaman sebanyak dua peratus dari Disember 2008 dan pemulihan dalam margin faedah bersih.

Kumpulan perbankan itu dalam kenyataannya berkata, pendapatan daripada perniagaan perbankan Islam bertambah kepada RM161.7 juta atau 27 peratus berbanding RM126.7 juta yang diraih dalam tempoh yang sama tahun lalu. “Prestasi lebih baik itu hasil daripada pendapatan keuntungan bersih yang lebih tinggi berjumlah RM20.5 juta dan peningkatan keuntungan daripada jualan sekuriti yang berjumlah RM10.9 juta,” katanya.

Sementara itu, bagi tempoh suku kedua pula, kumpulan perbankan itu mencatatkan keuntungan sebelum cukai RM400.1 juta atau 27 peratus lebih tinggi berbanding RM315.0 juta yang dicatatkan dalam suku pertama tahun ini.

Prestasi lebih baik itu disumbangkan oleh perbelanjaan operasi yang lebih rendah dengan pengurangan sebanyak RM40.1 juta dan peningkatan pendapatan daripada perniagaan perbankan Islam sebanyak RM40.8 juta. Kumpulan perbankan itu berkata, dalam tempoh separuh pertama lalu, pinjaman kasar, pendahuluan dan pembiayaannya meningkat sebanyak RM1.2 bilion atau dua peratus untuk mencecah RM64.3 bilion setakat 30 Jun 2009.

Kumpulan itu menguasai 8.2 peratus pasaran pinjaman dalam negara setakat akhir Jun 2009. Katanya, pertumbuhan pinjaman datangnya daripada pinjaman pengguna dan sektor perusahaan kecil dan sederhana (PKS) yang masing-masing meningkat sebanyak enam peratus dan dua peratus.

Mengulas prospek kumpulan bagi sepanjang tahun ini, Pengarah Urusan Kumpulannya, Datuk Tajuddin Atan, berkata sektor perbankan tempatan dijangka kekal kukuh di sebalik keadaan ekonomi global yang lemah dalam separuh pertama tahun ini.

“Dengan adanya langkah proaktif secara berterusan oleh Bank Negara Malaysia dan kerajaan dalam menyokong sektor PKS, persekitaran kadar faedah yang rendah dan pelaksanaan pakej rangsangan ekonomi, kami yakin ekonomi domestik akan menjadi bertambah baik dalam separuh kedua,” katanya.

Fund Price

About Me

My photo
Ibrahim bin Ramli@Nuang started his career with CIMB Wealth Advisors Berhad as Agency Manager in April, 2008.Previously he was an Internal Auditors and Accounts Executive with Perodua Sales Sdn Bhd since 17 August, 1994. His background:- 1.Certified of Achievement for Master Sales Leadership from Dr Lawrence Walter Ng of President of The Art Of Learning and International Of Learning Without Learning 2.Certified for eXtra Ordinary Performance of Lawrence Walter Award Certificate for One Million Ringgit Club 2007 3. Certified Life & General insurances 4. Conferred with Diploma in Business Studiess & Bachelor of Business Admin(Hons)Finance from UiTM, Terengganu Branch & Shah Alam respectively;

music


MusicPlaylistRingtones
Create a playlist at MixPod.com

Followers