KUALA LUMPUR 26 Ogos - Bank Negara Malaysia (BNM) akan menyemak semula unjuran Kadar Dalam Negara Kasar (KDNK) untuk sepanjang tahun ini. Bagaimanapun, Gabenornya, Tan Sri Zeti Akhtar Aziz enggan mengulas lanjut kerana unjuran itu akan diumumkan ketika pembentangan Bajet 2010 pada 23 Oktober ini.
''Tetapi ia (semakan KDNK) bakal menunjukkan arah pemulihan dengan ekonomi domestik dijangka berada dalam keadaan baik serta perdagangan negara yang menunjukkan pemulihan.
''Perdagangan antara Asia seperti dengan Indonesia, Vietnam dan China menunjukkan pertumbuhan positif walaupun eksport negara mengalami penguncupan,'' katanya.
Beliau berkata demikian pada sidang akhbar selepas mengumumkan prestasi kewangan suku kedua 2009 di sini hari ini. Kerajaan yang menyemak semula KDNK negara mengunjurkan ia dijangka menguncup kepada 4 hingga 5 peratus pada tahun ini.
Sebelum semakan itu, KDNK negara diunjurkan berada pada paras -1 peratus dan 1 peratus.
Sementara itu, ketika ditanya mengenai defisit fiskal, Zeti berkata, kerajaan mempunyai kapasiti pada masa ini untuk mengelak defisit fiskal ekoran kadar hutang negara yang rendah.
Katanya, kapasiti tersebut adalah untuk tahun ini dan pada tahun hadapan.
''Apa yang ingin kita saksikan apabila berlakunya pemulihan ekonomi, sektor swasta dapat mengambil alih peranan kerajaan dalam ekonomi.''Pembabitan kerajaan sekarang adalah bersifat sementara. Apabila ekonomi kembali pulih, momentum perbelanjaan dan pelaburan swasta sepatutnya mengalami peningkatan,'' katanya.
Tambah Zeti, walaupun kebanyakan syarikat memberi penarafan sebaliknya, negara masih mampu mengelak defisit fiskal kerana BNM yang menilai kadar hutang negara.''Mereka mempunyai pendapat mereka sendiri, tetapi melalui penilaian BNM kadar hutang negara masih berada pada kadar selamat,'' jelas beliau.
August 27, 2009
Fund Price
About Me
- Nuang
- Ibrahim bin Ramli@Nuang started his career with CIMB Wealth Advisors Berhad as Agency Manager in April, 2008.Previously he was an Internal Auditors and Accounts Executive with Perodua Sales Sdn Bhd since 17 August, 1994. His background:- 1.Certified of Achievement for Master Sales Leadership from Dr Lawrence Walter Ng of President of The Art Of Learning and International Of Learning Without Learning 2.Certified for eXtra Ordinary Performance of Lawrence Walter Award Certificate for One Million Ringgit Club 2007 3. Certified Life & General insurances 4. Conferred with Diploma in Business Studiess & Bachelor of Business Admin(Hons)Finance from UiTM, Terengganu Branch & Shah Alam respectively;
music
Create a playlist at MixPod.com