August 24, 2009

Courts yakin capai sasaran jualan

COURTS Mammoth Sdn Bhd (Courts) yakin mampu mencapai sasaran pertumbuhan jualan 25 peratus dalam segmen barangan elektronik dan digitalnya tahun ini. Pengarah Negaranya, Chris Yong, berkata ketika ini barangan elektronik dan digital menyumbang sehingga 70 peratus kepada jualan syarikat itu yang mula beroperasi di Malaysia sebagai peruncit perabot.

Katanya, sasaran jualan itu diyakini mampu dicapai menerusi promosi agresif Courts Digital yang dilaksanakan tahun ini bagi mengukuhkan lagi penguasaan pasaran dalam segmen berkenaan.

Beliau berkata, setakat suku pertama tahun ini Courts menguasai sembilan peratus pasaran peruncitan barangan digital dan elektronik di Malaysia. “Courts kini menjadi peruncit barangan elektronik dan digital kedua terbesar di Malaysia. Menerusi kempen Courts Digital kami yakin mampu mengekalkan kedudukan itu,” katanya di Kuala Lumpur, baru-baru ini. Yong berkata, Courts menukar strategi perniagaannya dengan memberi lebih tumpuan kepada segmen barangan elektronik dan digital disebabkan selera pengguna yang berubah secara positif terhadap peralatan terbabit.

Beliau berkata, pengguna kini mempunyai pengetahuan lebih mendalam terhadap fungsi peralatan elektronik dan digital menyebabkan peruncit perlu lebih peka terhadap permintaan mereka. “Pengguna kini bukan saja mempunyai pengetahuan mendalam terhadap fungsi peralatan elektrik dan elektronik, malah mereka juga menjadi lebih peka terhadap jenama yang berkualiti tinggi,” katanya. Beliau berkata, antara barangan elektronik dan digital paling laris di Courts tahun ini ialah komputer peribadi, notebook dan televisyen panel rata, manakala jenama pilihan pengguna termasuk Panasonic, Samsung, JVC dan Sony.

Beliau menambah, kempen Courts Digital kini giat dilaksanakan di semua 49 cawangannya di seluruh negara termasuk tujuh Courts Megastore yang mempunyai keluasan minimum 30,000 kaki persegi.

Katanya, walaupun Courts memberi lebih tumpuan segmen elektrik dan elektronik, syarikat turut memberi perhatian terhadap perniagaan peruncitan perabot yang menyumbang 30 peratus kepada jualan syarikat. Katanya, Courts menjangka segmen perabotnya berkembang sehingga 12 peratus tahun ini dibantu kempen seperti Jaminan Harga Terendah Courts selain tawaran hebat perabot Courts yang dilancarkan Mei lalu.

Yong berkata, Courts merancang melaksanakan jualan secara elektronik menerusi pemasaran dalam talian dalam tempoh terdekat ini sebagai salah satu usahanya untuk menarik segmen pengguna baru.

Fund Price

About Me

My photo
Ibrahim bin Ramli@Nuang started his career with CIMB Wealth Advisors Berhad as Agency Manager in April, 2008.Previously he was an Internal Auditors and Accounts Executive with Perodua Sales Sdn Bhd since 17 August, 1994. His background:- 1.Certified of Achievement for Master Sales Leadership from Dr Lawrence Walter Ng of President of The Art Of Learning and International Of Learning Without Learning 2.Certified for eXtra Ordinary Performance of Lawrence Walter Award Certificate for One Million Ringgit Club 2007 3. Certified Life & General insurances 4. Conferred with Diploma in Business Studiess & Bachelor of Business Admin(Hons)Finance from UiTM, Terengganu Branch & Shah Alam respectively;

music


MusicPlaylistRingtones
Create a playlist at MixPod.com

Followers