August 20, 2009

Agihan pendapatan 6.3 sen seunit bagi ASW2020

AMANAH Saham Nasional Bhd (ASNB) mengumumkan pengagihan pendapatan 6.3 sen seunit kepada pemegang unit Amanah Saham Wawasan 2020 (ASW2020) bagi tahun kewangan berakhir 31 Ogos 2009.

Pengerusi Permodalan Nasional Bhd (PNB), Tun Ahmad Sarji Abdul Hamid, berkata pengagihan pendapatan itu membabitkan pembayaran berjumlah RM592.26 juta dan akan dinikmati 872,322 pemegang unit yang melanggan sejumlah 11.01 bilion unit dana amanah itu. Beliau berkata, pembayaran akan dibuat dalam bentuk pelaburan semula yang akan dikreditkan secara automatik dalam buku pelaburan pemegang unit. Bagi pemegang unit yang melanggan menerusi Skim Pelaburan Ahli KWSP pula, katanya ia akan dikreditkan ke dalam akaun pelaburan KWSP mereka.

“Pemegang unit boleh mengemas kini buku pelaburan masing-masing di ibu pejabat, pejabat atau ejen ASNB di seluruh negara mulai 1 September,” katanya pada sidang media bagi mengumumkan pengagihan pendapatan itu di Kuala Lumpur, semalam. Hadir sama, Presiden dan Ketua Eksekutif Kumpulan PNB, Tan Sri Hamad Kama Piah Che Othman. Ahmad Sarji berkata, dalam tahun kewangan dikaji, ASW2020 telah memperoleh pendapatan kasar berjumlah RM661.28 juta, meningkat 12.62 peratus berbanding RM587.18 juta yang dicatat pada tahun kewangan sebelumnya. Katanya, pendapatan dividen daripada pelaburan dalam syarikat menyumbang sebanyak RM223.69 juta atau 33.83 peratus kepada jumlah pendapatan kasar itu, sementara keuntungan daripada penjualan saham syarikat menyumbang RM126.32 juta atau 19.1 peratus.

Pendapatan dijana daripada pelaburan dalam instrumen jangka pendek pula, katanya menyumbang RM126.32 juta atau 47.07 peratus. Ahmad Sarji menjelaskan, walaupun pengagihan pendapatan diumumkan itu lebih rendah berbanding tujuh sen seunit tahun kewangan lalu, ia masih berdaya saing berbanding dijana instrumen pelaburan lain serta mengambil kira persekitaran pelaburan semasa yang lebih mencabar. “Secara umumnya prestasi instrumen pelaburan lain juga agak menurun tahun ini, namun ASW2020 sejak bertahun lalu mampu mengagihkan pendapatan lebih daripada enam peratus setahun,” katanya.

Fund Price

About Me

My photo
Ibrahim bin Ramli@Nuang started his career with CIMB Wealth Advisors Berhad as Agency Manager in April, 2008.Previously he was an Internal Auditors and Accounts Executive with Perodua Sales Sdn Bhd since 17 August, 1994. His background:- 1.Certified of Achievement for Master Sales Leadership from Dr Lawrence Walter Ng of President of The Art Of Learning and International Of Learning Without Learning 2.Certified for eXtra Ordinary Performance of Lawrence Walter Award Certificate for One Million Ringgit Club 2007 3. Certified Life & General insurances 4. Conferred with Diploma in Business Studiess & Bachelor of Business Admin(Hons)Finance from UiTM, Terengganu Branch & Shah Alam respectively;

music


MusicPlaylistRingtones
Create a playlist at MixPod.com

Followers