August 21, 2009

Jualan motosikal import diramal meningkat

PETALING JAYA 20 Ogos – Kumpulan Syarikat Naza, menerusi Next Bike Sdn. Bhd., yakin jualan motosikal import berkuasa tinggi akan meningkat sehingga 40 peratus sehingga penghujung tahun ini.

Tahun lalu syarikat tersebut berjaya menjual 150 motosikal dwi kegunaan, motosikal santai, motosikal jalanan dan motosikal klasik.

Malah Next Bike yang juga pengimport dan pengedar tunggal motosikal berkuasa tinggi Ducati dari Itali telah berjaya menjual 12 buah motosikal Ducati StreetFighter yang diperuntukkan untuk pasaran Malaysia tahun ini.

Pengerusi Eksekutif Bersama Kumpulan Naza, SM Faisal SM Nasimuddin berkata, disebabkan permintaan yang tinggi terhadap model motosikal itu, kami terpaksa menunggu penghantaran kedua yang dijadualkan pada Februari tahun depan.

“Kita hanya diberi 12 buah Ducati StreetFighter untuk jualan berbanding 15 buah yang ditempah oleh pembeli model tersebut dan ia habis dijual sebelum tiba di Malaysia,” katanya.
Beliau berkata demikian selepas majlis pelancaran model Ducati StreetFighther - model motosikal pertama seumpamanya yang dilengkapkan dengan kawalan Traction.

Dijual pada harga RM141,000 dan RM163,000 (untuk model S) dilengkapi dengan 1,098 cc, berenjinkan silinder kembar L, lapan injap Desmodronic dengan penyejukkan cecair.
Menerima anugerah 10 motosikal terbaik dan dicalonkan sebagai Best Open Street Bike oleh Majalah Cycle World tahun ini.

SM Faisal berkata, mereka yang ingin mendapatkan model tersebut perlu menunggu sehingga Februari tahun depan kerana ketiadaan pengesahan lanjut berhubung berapa buah yang diperuntukkan bagi penghantaran kedua nanti.

Katanya, ini berikutan sambutan yang tinggi diterima terhadap model Naked Bike pertama Ducati selain jumlah pengeluarannya terhad untuk pasaran seluruh dunia.

Meskipun begitu, beliau percaya dengan keupayaan dan kebolehan syarikatnya yang berjaya menjual model-model Ducati sebelum ini, pihaknya akan mampu mendapatkan stok tambahan untuk pasaran Malaysia.

Beliau memberitahu, permintaan yang menggalakkan terhadap motosikal berkuasa tinggi sejak kebelakangan ini turut disokong oleh skim pembiayaan yang membiayai pinjaman pembelian sehingga 90 peratus.“Margin pembiayaan yang tinggi memberi kesan besar kepada peminat motosikal berkuasa tinggi untuk memiliki model-model pilihan mereka dan ini membolehkan kami membawa masuk banyak pilihan motosikal terkini dalam pasaran,” katanya.

Fund Price

About Me

My photo
Ibrahim bin Ramli@Nuang started his career with CIMB Wealth Advisors Berhad as Agency Manager in April, 2008.Previously he was an Internal Auditors and Accounts Executive with Perodua Sales Sdn Bhd since 17 August, 1994. His background:- 1.Certified of Achievement for Master Sales Leadership from Dr Lawrence Walter Ng of President of The Art Of Learning and International Of Learning Without Learning 2.Certified for eXtra Ordinary Performance of Lawrence Walter Award Certificate for One Million Ringgit Club 2007 3. Certified Life & General insurances 4. Conferred with Diploma in Business Studiess & Bachelor of Business Admin(Hons)Finance from UiTM, Terengganu Branch & Shah Alam respectively;

music


MusicPlaylistRingtones
Create a playlist at MixPod.com

Followers