August 20, 2009

Penjualan berterusan dagangan Bursa jatuh

KUALA LUMPUR 19 Ogos - Harga saham di Bursa Malaysia terus menurun untuk ditutup lebih rendah berikutan sentimen yang merosot kerana aktiviti penjualan berterusan, kata para peniaga. Mereka berkata keadaan jualan itu juga dilihat berlaku di rantau ini, apabila muncul keraguan mengenai pemulihan ekonomi global.

Sehingga jam 5 petang, Indeks Komposit FTSE Bursa Malaysia Kuala Lumpur (FBM KLCI) ditutup turun 8.88 mata kepada 1,155.53, selepas dibuka meningkat 3.30 mata kepada 1,167.71. Ia bergerak pada jajaran sempit antara 1,153.97 dan 1,169.32 sepanjang sesi dagangan hari ini walau pun wujud petunjuk positif semalaman sederhana di Wall Street.

Semasa ditutup, Indeks Kewangan turun 92.55 mata kepada 9,355.64, Indeks Perladangan turun 99.86 mata kepada 5,759.78 manakala Indeks Perusahaan merosot 5.88 mata kepada 2,564.47.Indeks FBM Emas turun 83.47 mata kepada 7,807.85, FBM Top 100 merosot 69.87 mata kepada 7,581.17 dan Indeks FBM ACE menurun 68.79 mata untuk ditutup kepada 4,174.55.

Kaunter rugi mengatasi kaunter untung sebanyak 561 kepada 150 manakala 183 kaunter tidak berubah, 367 kaunter tidak diniagakan dan tiga yang lain digantung.Perolehan merosot kepada 875.158 juta saham bernilai RM1.301 bilion daripada 1.004 bilion saham bernilai RM1.524 bilion pada Selasa.

Penaraju di segi jumlah dagangan, MSports yang baharu disenaraikan turun 8.5 sen kepada 76.5 sen, KNM Group dan KTB turun 3.5 sen setiap satu masing-masing kepada 75.5 dan 27 sen, MRCB turun 7.0 sen kepada RM1.28 manakala MMC Corp merosot 11 sen kepada RN1.28.
UEM Land rugi 7.0 sen kepada RM1.53, SAAG turun 1.0 sen kepada 25 sen dan Gamuda menurun 10 sen kepada RM3.00.

Jumlah dagangan di Pasaran Utama turun kepada 808.349 juta saham bernilai RM1.287 bilion daripada 912.388 juta saham pada Selasa, bernilai RM1.508 bilion. Jumlah dagangan pasaran ACE turun kepada 34.237 juta saham bernilai RM6.408 juta berbanding dengan 50.911 juta saham bernilai RM7.708 juta sebelum itu.

Waran turun kepada 28.835 juta unit bernilai RM5.625 juta berbanding 36.144 juta unit bernilai RM7.427 juta semalam.

Produk pengguna mencatatkan 154.909 juta saham diniagakan di Papan Utama, produk perusahaan 145.538 juta, pembinaan 56.856 juta, dagang/perkhidmatan 248.601 juta, teknologi 26.972 juta, prasarana 13.432 juta, kewangan 61.373 juta, hotel 1.240 juta, hartanah 74.346 juta, perladangan 23.380 juta, perlombongan 5,000, REIT 1.651 juta dan dana tertutup 41,000. - Bernama

Fund Price

About Me

My photo
Ibrahim bin Ramli@Nuang started his career with CIMB Wealth Advisors Berhad as Agency Manager in April, 2008.Previously he was an Internal Auditors and Accounts Executive with Perodua Sales Sdn Bhd since 17 August, 1994. His background:- 1.Certified of Achievement for Master Sales Leadership from Dr Lawrence Walter Ng of President of The Art Of Learning and International Of Learning Without Learning 2.Certified for eXtra Ordinary Performance of Lawrence Walter Award Certificate for One Million Ringgit Club 2007 3. Certified Life & General insurances 4. Conferred with Diploma in Business Studiess & Bachelor of Business Admin(Hons)Finance from UiTM, Terengganu Branch & Shah Alam respectively;

music


MusicPlaylistRingtones
Create a playlist at MixPod.com

Followers