August 28, 2009

Axiata raih untung bersih RM527j

Oleh Azli Ayobazliayob@bharian.com.my

AXIATA Group Bhd, dulu dikenali TM International Bhd, mencatatkan keputusan kewangan lebih baik bagi suku kedua berakhir 30 Jun 2009 dengan meraih keuntungan bersih RM527 juta, peningkatan tujuh kali ganda daripada RM64 juta pada suku pertama.

Pendapatan syarikat telekomunikasi mudah alih antara yang terbesar di Asia itu pada suku kedua meningkat 10 peratus kepada RM3.16 bilion berbanding RM2.86 bilion pada suku pertama tahun kewangan semasa. Peningkatan pendapatan itu terutama disumbangkan oleh pemulihan operasi Celcom (Malaysia) Bhd, PT Excelcomindo Pratama TBk (XL) di Indonesia dan Axiata Bangladesh Ltd (AxB).

Bagi setengah tahun berakhir 30 Jun 2009, keuntungan bersih Axiata susut 23 peratus kepada RM591 juta daripada RM769 juta pada tempoh sama 2008. Dalam tempoh sama, pendapatannya bagaimanapun meningkat tujuh peratus kepada RM6.03 bilion daripada RM5.65 bilion.

Presiden dan Ketua Eksekutif Kumpulan Axiata, Datuk Seri Jamaludin Ibrahim, berkata pertumbuhan pada suku kedua 2009 dicatatkan dalam semua syarikat pengendalian kumpulan itu di peringkat serantau di sebalik persekitaran operasi mencabar dalam keadaan ekonomi semasa, selain persaingan yang semakin sengit.

“Dalam suku tahunan dikaji, jumlah pelanggan mudah alih kumpulan di peringkat serantau mencecah kira-kira 100 juta pengguna,” katanya pada sidang mengumumkan keputusan kewangan suku kedua Axiata di Kuala Lumpur, semalam. Beliau berkata, dalam suku tahunan dikaji juga, Celcom mencatatkan pertumbuhan suku tahunan terbaiknya dalam tempoh dua tahun.

Katanya, pertumbuhan itu disumbangkan hasil daripada pelaksanaan langkah pemasaran mantap dalam segmen prabayar dan pasca bayar serta tumpuan berteru-san ke atas perkhidmatan jalur lebar mudah alih. “Di sebalik persekitaran yang mencabar, pendapatan Celcom melonjak lima peratus bagi perbandingan suku tahunan kepada RM1.5 bilion daripada RM1.4 bilion.

“Keuntungan bersih Celcom pula meningkat kepada RM367 juta dalam suku kedua 2009, naik tiga peratus daripada RM357 juta pada suku pertama,” katanya. Pada sidang media itu, Jamaludin turut mengumumkan Axiata tidak mempunyai sebarang cadangan untuk menyenaraikan semula Celcom di bursa saham.

Dalam perkembangan lain, beliau berkata, Axiata tidak mempunyai perancangan untuk mengambil alih aset milik syarikat telekomunikasi berpangkalan di Luxembourg, Millicom yang beroperasi di Kemboja dan Sri Lanka.

Fund Price

About Me

My photo
Ibrahim bin Ramli@Nuang started his career with CIMB Wealth Advisors Berhad as Agency Manager in April, 2008.Previously he was an Internal Auditors and Accounts Executive with Perodua Sales Sdn Bhd since 17 August, 1994. His background:- 1.Certified of Achievement for Master Sales Leadership from Dr Lawrence Walter Ng of President of The Art Of Learning and International Of Learning Without Learning 2.Certified for eXtra Ordinary Performance of Lawrence Walter Award Certificate for One Million Ringgit Club 2007 3. Certified Life & General insurances 4. Conferred with Diploma in Business Studiess & Bachelor of Business Admin(Hons)Finance from UiTM, Terengganu Branch & Shah Alam respectively;

music


MusicPlaylistRingtones
Create a playlist at MixPod.com

Followers