August 27, 2009

Harga saham ditutup kukuh

HARGA saham di Bursa Malaysia ditutup lebih kukuh semalam berikutan pembelian pada saham berwajaran tinggi seperti Sime Darby dan Tenaga Nasional, kata peniaga. Bagaimana pun, catatan keuntungan tersekat disebabkan oleh kerugian pada kaunter lain seperti Maybank, kata mereka.

Indeks Komposit FTSE Bursa Malaysia Kuala Lumpur (FBM KLCI) ditutup 1.47 mata lebih tinggi atau 0.126 peratus lebih baik kepada 1,172.56, selepas dibuka tidak berubah pada 1,171.09 pada sebelah pagi.

Penganalisis MIMB Investment, Rosnani Rasul, berkata pasaran dijangka berada pada jajaran sempit pada minggu ini berikutan ketiadaan petunjuk baru. “Ia kemungkinan terus sedemikian sehingga musim pengumuman keputusan syarikat berakhir,” katanya. Katanya, pemangkin di AS yang merangsang pasaran tidak cukup kuat untuk menaikkan pasaran tempatan.

Ketua Penyelidikan Jupiter Securities, Pong Teng Siew, berkata pasaran mengalami penurunan bukan kerana pengumuman keputusan kewangan Maybank yang lebih rendah di sini Selasa, tetapi juga disebabkan turun naik pasaran China yang dijejakinya. “Pelabur mengetahui bahawa jika pasaran China beralih kepada negatif, ia juga akan memberi kesan kepada pasaran serantau.

Jadi sekarang ini, tiada siapa membuat pembelian secara agresif,” katanya. Sehingga jam 5.00 petang, Indeks Kewangan meningkat 9.631 mata kepada 9,495.98 manakala Indeks Perladangan merosot 10.2 mata kepada 5,826.53 dan Indeks Perusahaan meningkat 8.18 mata kepada 2,583.72. Indeks FBM Emas menokok 15.73 mata kepada 7,920.2, FBM Top 100 naik 14.44 mata kepada 7,698.78 dan Indeks FBM ACE meningkat 2.43 mata untuk ditutup kepada 4,172.57.

Kaunter rugi mengatasi kaunter untung sebanyak 363 kepada 259 manakala 241 kaunter ditutup tidak berubah, 382 tidak diniagakan dan tiada yang digantung. Bagaimana pun, perolehan turun kepada 636.267 juta saham bernilai RM930.776 juta daripada 709.248 juta saham bernilai RM985.757 juta kelmarin. Di kalangan peneraju di segi jumlah dagangan, Oilcorp menokok 3.0 sen kepada 41.5 sen dan Kurasia meningkat 4.5 sen kepada 57.5 sen. KNM dan Plus setiap satu meningkat 1.0 sen masing-masing kepada 77 sen dan RM3.38 manakala Yunkong-WA meningkat 1.5 sen kepada 17.5 sen.

Peneraju di segi untung termasuk Nestle yang naik 56 sen kepada RM34.00, LaFarge Cement yang meningkat 34 sen kepada RM6.50 dan Tomei yang menambah 30 sen kepada 80 sen. Pendahulu dari segi kerugian termasuk DiGi yang turun 26 sen kepada RM21.72, Huatlai yang merosot 23.5 sen kepada 51.5 sen dan Petra yang turun 19 sen kepada RM2.49.

Di kalangan saham berwajaran tinggi, Sime Darby meningkat 1.0 sen kepada RM8.23 manakala Maybank rugi 5.0 sen kepada RM6.47 dan Bumiputera-Commerce tidak berubah pada harga RM10.36. Tenaga Nasional menokok 9.0 sen kepada RM8.10 dan Genting meningkat 7.0 sen kepada RM6.54. Jumlah dagangan di Papan Utama turun kepada 576.092 juta saham bernilai RM919.768 juta berbanding dengan 650.807 juta saham bernilai RM973.945 juta yang dicatat Isnin. Jumlah dagangan pasaran ACE meningkat kepada 40.049 juta saham bernilai RM6.879 juta daripada 29.934 juta saham bernilai RM5.924 juta sebelum ini.

Waran merosot kepada 18.054 juta unit bernilai RM3.191 juta daripada 25.842 juta unit bernilai RM4.843 juta semalam. Produk pengguna mencatatkan 47.493 juta saham diniaga di Pasaran Utama, produk perusahaan 123.204 juta, pembinaan 25.721 juta, dagang/perkhidmatan 200.227 juta, teknologi 26.982 juta, prasarana 11.711 juta, kewangan 65.881 juta, hotel 1.532 juta, hartanah 58.884 juta, perladangan 12.978 juta, perlombongan 4,000, REIT 1.453 juta, dan tertutup/dana 17,600. - Bernama

Fund Price

About Me

My photo
Ibrahim bin Ramli@Nuang started his career with CIMB Wealth Advisors Berhad as Agency Manager in April, 2008.Previously he was an Internal Auditors and Accounts Executive with Perodua Sales Sdn Bhd since 17 August, 1994. His background:- 1.Certified of Achievement for Master Sales Leadership from Dr Lawrence Walter Ng of President of The Art Of Learning and International Of Learning Without Learning 2.Certified for eXtra Ordinary Performance of Lawrence Walter Award Certificate for One Million Ringgit Club 2007 3. Certified Life & General insurances 4. Conferred with Diploma in Business Studiess & Bachelor of Business Admin(Hons)Finance from UiTM, Terengganu Branch & Shah Alam respectively;

music


MusicPlaylistRingtones
Create a playlist at MixPod.com

Followers