August 19, 2009

Lantunan teknikal Bursa bercampur-campur

KUALA LUMPUR 18 Ogos - Lantunan teknikal yang sederhana telah mendorong harga-harga saham ditutup bercampur-campur di Bursa Malaysia dengan para pelabur menantikan laporan yang lebih positif dari Amerika Syarikat.

Indeks Komposit Kuala Lumpur FTSE Bursa Malaysia (FBM KLCI) ditutup 4.64 mata lebih rendah pada 1,164.41, selepas dibuka pada 1,160.84 pagi ini, turun 8.21 mata.
Phua Kwee Hock dari SJ Securities berkata walaupun sentimen bercampur-campur, harga pulih sedikit, dirangsang oleh keuntungan di Indeks FBM ACE.

Pada penutup, Indeks Kewangan susut 6.92 mata kepada 9,448.39, Indeks Perladangan turun 79.74 mata kepada 5,859.64 sementara Indeks Perindustrian merosot 5.48 mata kepada 2,570.35.

Indeks Emas FBM lebih rendah 7.76 mata kepada 7,891.32, Indeks FBM Top 100 lega 20 mata kepada 7,651.14 tetapi Indeks ACE FBM menokok 26.70 mata kepada 4,243.34.
Saham-saham untung mengatasi saham rugi dengan 403 berbalas 249 dengan 206 kaunter tidak berubah dan 402 tidak diniagakan.

Jumlah dagangan merosot kepada 1.003 bilion saham bernilai RM1.525 bilion daripada 1.022 bilion saham bernilai RM1.435 bilion pada hari Isnin.

Pendahulu jumlah dagangan, KNM Group naik empat sen kepada 79 sen, MRCB menambah dua sen kepada RM1.35 sementara Telekom Malaysia merosot empat sen kepada RM3.04 dan Bumiputra-Commerce turun enam sen kepada RM10.44. IOI Corp turun 11 sen kepada RM5.09 sen sementara UEM Land dan TA, masing-masing menokok empat sen kepada RM1.60 dan RM1.20.

Jumlah dagangan di Pasaran Utama ialah 912.388 juta saham bernilai RM1.508 bilion, lebih tinggi berbanding 904,397 juta saham bernilai RM1.435 bilion semalam.Jumlah dagangan di Pasaran ACE berkurangan kepada 50.911 juta saham bernilai RM7.708 juta daripada 72.808 juta saham bernilai RM11.237 juta sebelumnya.Waran pula merosot kepada 36.144 juta unit bernilai RM7.427 juta daripada 41.008 juta unit bernilai RM8.121 juta sebelumnya.

Produk pengguna menguasai 33.835 juta saham yang diniagkan di Pasaran Utama, produk perindustrian 232.258 juta, pembinaan 67.475 juta, urus niaga/perkhidmatan 338.296 juta, teknologi 18.565 juta, infrastruktur 13.340 juta, kewangan 88.131 juta, perhotelan 2.026 juta, hartanah 82.998 juta, perladangan 34.369 juta, perlombongan sifar, REIT 1.072 juta dan dana tertutup 22,300. - Bernama

Fund Price

About Me

My photo
Ibrahim bin Ramli@Nuang started his career with CIMB Wealth Advisors Berhad as Agency Manager in April, 2008.Previously he was an Internal Auditors and Accounts Executive with Perodua Sales Sdn Bhd since 17 August, 1994. His background:- 1.Certified of Achievement for Master Sales Leadership from Dr Lawrence Walter Ng of President of The Art Of Learning and International Of Learning Without Learning 2.Certified for eXtra Ordinary Performance of Lawrence Walter Award Certificate for One Million Ringgit Club 2007 3. Certified Life & General insurances 4. Conferred with Diploma in Business Studiess & Bachelor of Business Admin(Hons)Finance from UiTM, Terengganu Branch & Shah Alam respectively;

music


MusicPlaylistRingtones
Create a playlist at MixPod.com

Followers