KUALA LUMPUR 10 Ogos - Bursa Malaysia ditutup tinggi hari ini dengan minat belian tertumpu kepada kaunter bermodal sederhana dan berharga rendah, kata para peniaga.
Indeks Komposit Kuala Lumpur FTSE Bursa Malaysia (FBM KLCI) menokok 3.12 mata atau 0.263 peratus untuk ditutup pada 1,188.
Ia ditutup 5.85 mata lebih tinggi pada 1,190.73 pagi ini.KLCI FBM bergerak antara 1,182.45 dan 1,191 hari ini di celah-celah kelembapan dagangan dalam saham mewah kerana kekurangan petunjuk baru yang kukuh kecuali data pekerjaan yang positif dari AS.
Ketua penyelidikan runcit Maybank Investment Bank Bhd, Lee Cheng Hooi berkata minat pelabur dilihat pada kaunter perindustrian, hartanah dan berkaitan kewangan.
Indeks Kewangan menokok 27.76 mata untuk ditutup pada 9,716.79, Indeks Perladangan meningkat 14.87 mata kepada 5,766.35, Indeks Perindustrian susut 2.09 mata kepada 2,608.76 dan Indeks FBMEmas menambah 30.82 mata kepada 8,051.81.
Indeks FBM Top 100 mengukuh 21.94 mata kepada 7,811.69 dan Indeks FBM ACE pula 66.65 mata lebih rendah pada 4,177.9.Saham-saham untung mengatasi saham rugi dengan 415 berbalas 266 sementara 218 kaunter tidak berubah dan 364 tidak diniagakan.
Jumlah dagangan berkurangan kepada 862.677 juta saham bernilai RM1.285 bilion daripada 1.010 bilion saham bernilai RM1.659 bilion Jumaat lepas. Mendahului saham aktif, KNM Group turun satu sen kepada 82.5 sen, Land & General naik tiga sen kepada 32 sen, Hexza Corp menambah 6.5 sen kepada 68 sen dan Jotech Holdings kekal pada 9.5 sen.
Jumlah dagangan di Pasaran Utama susut kepada 763.366 juta saham bernilai RM1.263 bilion daripada 827.170 juta saham bernilai RM1.620 bilion Jumaat lepas. Jumlah dagangan di Pasaran ACE berkurangan kepada 43.964 juta unit bernilai RM7.742 juta daripada 118.542 juta unit bernilai RM24.356 juta sebelumnya.
Waran-waran lebih rendah kepada 50.719 juta saham bernilai RM11.674 juta daripada 61.127 juta saham bernilai RM12.985 juta pada Jumaat.Produk pengguna menguasai 39.937 juta saham yang diniagakan di Pasaran Utama, produk perindustrian 243.732 juta, pembinaan 50.449 juta, urus niaga/perkhidmatan 215.251 juta, teknologi 11.107 juta, infrastruktur 8.281 juta, kewangan 47.464 juta, perhotelan 1.923 juta, hartanah 123.825 juta, perladangan 19.488 juta, perlombongan 9,000, REITs 1.842 juta dan dana tertutup 54,200. - Bernama
August 11, 2009
Fund Price
About Me
- Nuang
- Ibrahim bin Ramli@Nuang started his career with CIMB Wealth Advisors Berhad as Agency Manager in April, 2008.Previously he was an Internal Auditors and Accounts Executive with Perodua Sales Sdn Bhd since 17 August, 1994. His background:- 1.Certified of Achievement for Master Sales Leadership from Dr Lawrence Walter Ng of President of The Art Of Learning and International Of Learning Without Learning 2.Certified for eXtra Ordinary Performance of Lawrence Walter Award Certificate for One Million Ringgit Club 2007 3. Certified Life & General insurances 4. Conferred with Diploma in Business Studiess & Bachelor of Business Admin(Hons)Finance from UiTM, Terengganu Branch & Shah Alam respectively;
music
Create a playlist at MixPod.com