August 24, 2009

Panasonic Manufacturing mampu kekal asas pelanggan

PANASONIC Manufacturing Malaysia Bhd meraih pendapatan RM155.9 juta dalam tempoh suku pertama berakhir 30 Jun 2009 berbanding RM156.6 juta pada suku sama tahun kewangannya yang lalu. Sungguhpun prestasi itu tidak banyak berbeza berbanding suku sama tahun kewangan sebelumnya, ia dianggap memberangsangkan jika mengambil kira kelembapan permintaan dalam persekitaran ekonomi global yang mencabar ketika ini.

Bagaimanapun, syarikat itu berupaya mengukuhkan keuntungan sebelum cukai dalam suku berkenaan kepada RM14.9 juta, peningkatan daripada RM14.8 juta suku sama tahun sebelumnya.

Apa yang menarik, pendapatannya dalam suku dikaji mencerminkan peningkatan 37.8 peratus atau RM42.1 juta berbanding suku sebelumnya yang berjumlah RM113.1 juta disumbangkan terutama oleh pengukuhan jualan domestik. Secara keseluruhannya, keputusan sukuan itu mencerminkan usaha syarikat itu dalam mengurangkan kos pengeluaran dan memperbaiki keberkesanan operasi. Ini termasuklah menghasilkan peralatan sendiri, memusatkan pemerolehan dan meminimumkan inventori.

Ia juga bermakna Panasonic Manufacturing berupaya mengekalkan asas pelanggannya. Sambutan Hari Raya dijangka meningkatkan lagi jualan keluarannya. Selain itu, pihak pengurusan di Panasonic Manufacturing Malaysia Bhd bercadang mengukuhkan daya saing syarikat menerusi pelbagai inisiatif mengukuhkan produktiviti dan kualiti secara berterusan, selain mengambil langkah pengawalan kos. Ia juga akan meningkatkan kerjasama dengan syarikat tempatan dan luar negara, bertujuan mengembangkan penguasaan pa- saran di dalam dan luar negara. Persekitaran ekonomi negara yang dijangka bertambah baik pada separuh kedua tahun ini memberikan kelapangan.

Baru-baru ini, Gabenor Bank Negara Malaysia, Tan Sri Dr Zeti Akhtar Aziz, berkata persekitaran ekonomi negara kelihatan bertambah baik berbanding 3-6 bulan lalu. Beliau menjangka pertumbuhan Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) negara akan kembali positif pada suku keempat tahun ini. Sementara itu, Bank Negara juga mengekalkan kadar dasar semalaman (OPR) pada paras rendah 2.0 peratus untuk terus merangsang pertumbuhan ekonomi. Sungguhpun kadar pengangguran bagi suku pertama 2009 membimbangkan pada 4.0 peratus, tetapi adalah dijangkakan pemulihan pekerjaan dan gaji akan pulih secara beransur sehingga suku pertama 2010.

Standard & Poor’s mengekalkan cadangan ‘pegang’ terhadap saham Panasonic Manufacturing. Firma itu juga menaikkan harga sasaran 12 bulan kepada RM14 daripada RM12, selepas menyemak semula kaedah penilaian kepada kaedah DDM daripada pendekatan DCF sebelum ini.

Kaedah DDM dilihat S&P lebih sesuai bagi syarikat matang yang murah hati membayar dividen. Pada harga sasaran RM14 sesaham, Panasonic Manufacturing akan diniagakan pada nisbah harga/pendapatan (PER) tahun kewangan 2010 sebanyak 20.7 kali. Saham syarikat itu diniagakan dalam jajaran sempit antara RM9.77 dan RM12.88 sejak dua tahun lalu. Kekurangan pemangkin baru mungkin mengehadkan potensi kenaikan harga saham syarikat berkenaan tetapi kejatuhan harga akan disokong pulangan dividen bersih menarik sebanyak 6.8 peratus.

Panasonic Manufacturing tidak mempunyai polisi dividen rasmi. Mengambil kira kedudukan tunai kukuh dan keperluan perbelanjaan modal minimum, S&P percaya ia mampu mengekalkan dividen sesaham sebanyak RM1.05 pada masa depan. Sementara itu, penganalisis di Mercury Securities meletakkan harga sasaran Panasonic Manufacturing pada RM12.73 berdasarkan sejarah nisbah P/E sebanyak 17 kali dan ramalan untuk tahun kewangan 2010.

Firma itu menasihati pelabur agar terus memegang saham berkenaan buat masa ini, bergantung kepada perkembangan lanjut dalam permintaan pengguna dan persekitaran ekonomi. Ia berkata, Panasonic Manufacturing secara umumnya perlu mengekalkan pertumbuhan pendapatan untuk membolehkan firma itu mencadangkan pelabur membelinya. Paras rintangan ialah pada RM12.90 manakala sokongan pada RM12.60 dan RM12.30.

Fund Price

About Me

My photo
Ibrahim bin Ramli@Nuang started his career with CIMB Wealth Advisors Berhad as Agency Manager in April, 2008.Previously he was an Internal Auditors and Accounts Executive with Perodua Sales Sdn Bhd since 17 August, 1994. His background:- 1.Certified of Achievement for Master Sales Leadership from Dr Lawrence Walter Ng of President of The Art Of Learning and International Of Learning Without Learning 2.Certified for eXtra Ordinary Performance of Lawrence Walter Award Certificate for One Million Ringgit Club 2007 3. Certified Life & General insurances 4. Conferred with Diploma in Business Studiess & Bachelor of Business Admin(Hons)Finance from UiTM, Terengganu Branch & Shah Alam respectively;

music


MusicPlaylistRingtones
Create a playlist at MixPod.com

Followers