August 24, 2009

Redtone minat perluas operasi liputan WiMAX ke Semenanjung

REDTONE International Bhd, penyedia perkhidmatan WiMAX yang diberikan lesen khusus beroperasi di Sabah dan Sarawak, berminat meluaskan perkhidmatan ke Semenanjung berikutan keupayaan memenuhi mandat dalam meningkatkan liputan perkhidmatan jalur lebar di kedua-dua negeri itu sejak menerima lesen pada 2007.

Ketua Eksekutifnya, Zainal Amanshah, berkata langkah memperluaskan liputan itu juga bertujuan memenuhi peningkatan permintaan pelanggan baru serta yang sedia ada, khususnya dalam sektor perusahaan kecil dan sederhana (PKS) serta perniagaan di rumah (SoHo) di Semenanjung. Beliau berkata, Redtone akan berunding dengan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) tidak lama lagi.

“Redtone yang membuat pelaburan tambahan kira-kira RM10 juta untuk membina infrastruktur stesen bumi (BS) dan peralatan berkaitan lain bagi memperkukuhkan capaian akses internet tanpa wayar berkelajuan tinggi di Sabah dan Sarawak, bakal memiliki 30 BS hujung tahun ini sekali gus berupaya meluaskan perkhidmatan WiMAX kepada lebih 40 peratus penduduk di kedua-dua negeri akhir tahun ini. “Meskipun syarikat komited untuk terus meningkatkan liputan WiMAX di kedua-dua negeri berkenaan, Redtone harus diberi peluang meluaskan perkhidmatan meliputi Semenanjung memandangkan peningkatan permintaan pelanggan PKS serta SoHo kepada perkhidmatan jalur lebar Redtone,” katanya pad temu bual dengan Berita Harian di Petaling Jaya, baru-baru ini.

Pada Mac 2007, empat syarikat iaitu Bizsurf (M) Sdn Bhd (anak syarikat YTL e-Solutions), Packet One Networks Sdn Bhd (milik Green Packet), Asiaspace Dotcom Sdn Bhd dan Redtone memperoleh lesen spektrum akses tanpa wayar jalur lebar 2.3GHz. Semua lesen itu kecuali yang diberi kepada Redtone meliputi kawasan di Semenanjung.

Mengikut peraturan SKMM, pemegang lesen harus melancarkan perkhidmatan itu kepada 25 peratus daripada penduduk di kawasan peruntukkan kepada mereka menjelang akhir 2007, dengan peruntukan perkhidmatan sekurang-kurangnya 1MBps. Pada akhir tahun ketiga iaitu tahun ini, syarikat harus berupaya melancarkan perkhidmatan kepada sekurang-kurangnya 40 peratus penduduk. Zainal berkata, meskipun kerajaan memperuntukkan lesen operasi WiMAX kepada Redtone bagi Sabah dan Sarawak, syarikat itu juga harus diberi peluang di Semenanjung kerana syarikat pemegang lesen yang dikhususkan beroperasi di Semenanjung kini pada peringkat pengembangan rangkaian liputan di Sarawak.

Fund Price

About Me

My photo
Ibrahim bin Ramli@Nuang started his career with CIMB Wealth Advisors Berhad as Agency Manager in April, 2008.Previously he was an Internal Auditors and Accounts Executive with Perodua Sales Sdn Bhd since 17 August, 1994. His background:- 1.Certified of Achievement for Master Sales Leadership from Dr Lawrence Walter Ng of President of The Art Of Learning and International Of Learning Without Learning 2.Certified for eXtra Ordinary Performance of Lawrence Walter Award Certificate for One Million Ringgit Club 2007 3. Certified Life & General insurances 4. Conferred with Diploma in Business Studiess & Bachelor of Business Admin(Hons)Finance from UiTM, Terengganu Branch & Shah Alam respectively;

music


MusicPlaylistRingtones
Create a playlist at MixPod.com

Followers