August 11, 2009

Perlu beralih kepada permintaan domestik

KUALA LUMPUR 10 Ogos - Dalam menghadapi krisis ekonomi global, negara-negara Asia perlu beralih kepada permintaan domestik bagi memastikan pertumbuhan ekonomi mereka, kata Dr. Laura Tyson.Tyson berkata, apa yang boleh negara-negara ini lakukan adalah mencipta peluang-peluang baru bagi perusahaan kecil dan sederhana (PKS) kerana ia merupakan tulang belakang kepada ekonomi negara.

Beliau berkata demikian pada sidang akhbar selepas berucap pada Simposium Pasaran-pasaran Modal Dunia di sini hari ini.Tyson merupakan Penasihat Ekonomi Presiden Amerika Syarikat (AS), Barack Obama dan mantan Presiden Bill Clinton. Beliau juga merupakan Profesor Sekolah Perniagaan Haas.

''Antara perkara yang boleh mereka lakukan adalah memperuntukkan lebih kepada program-program seperti penjagaan kesihatan yang menjana lebih banyak peluang pekerjaan dan permintaan dalaman kerana ia bukan merupakan sektor berasaskan eksport.

''Ia dapat mengubah komposisi permintaan domestik terhadap perkara yang dapat memberikan kesan berganda pada ekonomi tempatan," katanya.Tambah Tyson, selain itu, institusi-institusi kewangan antarabangsa seperti Bank Dunia dan Dana Kewangan Antarabangsa (IMF) juga perlu memperkenalkan program-program baru untuk membantu dalam menyediakan pembiayaan dengan lebih cepat.

''Kita perlu memikirkan cara untuk mengitar semula lebihan dana daripada negara-negara baru muncul kepada negara-nagara yang menghadapi masalah defisit," jelasnya.
Ditanya pendapat beliau tentang keupayaan negara-negara Asia menjadi enjin pertumbuhan ekonomi global, Tyson berkata, ia memerlukan rangka polisi di seluruh Asia yang memberikan kesan ketara untuk pertumbuhan ekonomi.

''Saya tertarik dengan langkah yang dilaksana China dalam pelan rangsangannya dan ia menjadi sumber pertumbuhan ketara dalam ekonomi rantau ini dengan menggalakkan lebih banyak perdagangan antara negara di rantau Asia.

''Saya lihat tanda-tanda positif perkara tersebut akan berlaku. Rantau Asia perlu memberikan tumpuan kepada polisi seperti pendidikan dan penjagaan kesihatan yang dapat membantu sektor-sektor berbelanja lebih kerana ia mempunyai jaringan keselamatan bagi membantu
permintaan domestik," katanya.

Tyson berkata, Asia akan terus menjadi masyarakat yang berteraskan eksport manakala AS akan kekal sebagai masyarakat berasaskan import, tetapi ketidakseimbangan itu akan menjadi lebih kecil.

Terdahulu, ketika berucap di simposium itu, Tyson berkata, kerajaan Amerika Syarikat (AS) mungkin perlu mengadakan pakej baru rangsangan ekonomi pada tahun depan kerana pakej semasa gagal memberikan pemulihan berpanjangan.

Katanya, pakej rangsangan ekonomi AS yang bernilai hampir AS$787 bilion (RM2.75 trilion) sedang dibelanjakan tetapi kesannya dijangka berakhir pada penghujung tahun ini.
''Sebab itulah AS kemungkinan memerlukan pakej rangsangan baru tahun depan,'' katanya.

Tyson menambah, ekonomi kuasa besar itu masih tidak menentu tetapi pelbagai usaha yang diambil kerajaan telah membantu negara itu keluar daripada kemelesetan terburuk yang kedua berlaku.Katanya, pertumbuhan ekonomi yang bakal disaksikan pada separuh kedua tahun ini pada secara dasarnya disokong oleh rangsangan ekonomi dan pelarasan inventori.

Fund Price

About Me

My photo
Ibrahim bin Ramli@Nuang started his career with CIMB Wealth Advisors Berhad as Agency Manager in April, 2008.Previously he was an Internal Auditors and Accounts Executive with Perodua Sales Sdn Bhd since 17 August, 1994. His background:- 1.Certified of Achievement for Master Sales Leadership from Dr Lawrence Walter Ng of President of The Art Of Learning and International Of Learning Without Learning 2.Certified for eXtra Ordinary Performance of Lawrence Walter Award Certificate for One Million Ringgit Club 2007 3. Certified Life & General insurances 4. Conferred with Diploma in Business Studiess & Bachelor of Business Admin(Hons)Finance from UiTM, Terengganu Branch & Shah Alam respectively;

music


MusicPlaylistRingtones
Create a playlist at MixPod.com

Followers