KUALA LUMPUR 26 Ogos - Syarikat penerbangan di negara ini dipelawa untuk mengadakan penerbangan ke Bosnia-Herzegovina apabila perjanjian udara kedua-dua negara dilaksanakan selewat-lewatnya awal tahun depan.
Menteri Pengangkutan dan Komunikasinya, Rudo Vidovic berkata, negara itu membuka pintu kepada mana-mana syarikat penerbangan di negara ini yang berminat dan tidak mengehadkan kepada syarikat-syarikat tertentu.
''Tawaran ini terbuka kepada mana-mana syarikat penerbangan Malaysia yang berminat, kami tidak ada mengenakan syarat-syarat tertentu,'' katanya yang mengadakan lawatan pertama ke Malaysia di sini.
Rudo yang mewakili kerajaan Bosnia-Herzegovina telah menandatangani perjanjian udara dengan Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Ong Tee Keat.Perjanjian dua hala itu adalah secara eksklusif menawarkan syarikat-syarikat penerbangan Malaysia untuk mengadakan penerbangan ke negara itu.
Tambah beliau lagi, jumlah kekerapan penerbangan adalah tertakluk kepada pertimbangan.
Sementara itu, Duta Bosnia-Herzegovina ke Malaysia, Ensar Eminovic berkata, perjanjian itu dijangka dilaksanakan pada akhir tahun ini atau selewat-lewatnya pada awal 2010.
Menurut Ensar, sekiranya perjanjian itu direalisasikan, Malaysia bakal menjadi negara pertama di rantau ini yang akan mengadakan penerbangan ke negara tersebut. Rudo berkata, setakat ini negara itu hanya mempunyai perkongsian rangkaian dengan negara-negara jiran seperti Croatia, Serbia, Austria, Mecadonia dan Turki.
''Meskipun Bosnia memiliki empat lapangan terbang antarabangsa tetapi tidak mampu untuk melakukan penerbangan jarak jauh dan hanya untuk kapasiti yang rendah disebabkan masalah teknikal.''Sebab itu, kami melihat perjanjian udara dengan Malaysia sebagai sesuatu yang amat penting bagi pertumbuhan industri pengangkutan udara Bosnia,'' tambah beliau.
Malah, beliau berkata, perjanjian itu turut menawarkan potensi kepakaran teknikal dalam industri penerbangan di negara berkenaan.Selain itu, jelasnya, perjanjian tersebut juga boleh dimanfaatkan oleh syarikat penerbangan tempatan untuk meneroka industri penerbangan Eropah.
August 27, 2009
Fund Price
About Me
- Nuang
- Ibrahim bin Ramli@Nuang started his career with CIMB Wealth Advisors Berhad as Agency Manager in April, 2008.Previously he was an Internal Auditors and Accounts Executive with Perodua Sales Sdn Bhd since 17 August, 1994. His background:- 1.Certified of Achievement for Master Sales Leadership from Dr Lawrence Walter Ng of President of The Art Of Learning and International Of Learning Without Learning 2.Certified for eXtra Ordinary Performance of Lawrence Walter Award Certificate for One Million Ringgit Club 2007 3. Certified Life & General insurances 4. Conferred with Diploma in Business Studiess & Bachelor of Business Admin(Hons)Finance from UiTM, Terengganu Branch & Shah Alam respectively;
music
Create a playlist at MixPod.com