KUALA LUMPUR 20 Ogos - Kerajaan dicadangkan supaya memperkenalkan cukai barangan dan perkhidmatan (GST) pada 2012.
Sehubungan itu, Pengarah Eksekutif Institut Penyelidikan Ekonomi Malaysia (MIER), Prof. Datuk Dr. Mohamed Ariff menyarankan perkara itu dicadangkan pada pembentangan Bajet 2010 nanti.
''Tahun 2012 adalah masa yang paling sesuai bagi melaksanakan GST kerana ketika itu ekonomi negara dijangka sudah berada pada landasan sebenar.''Rancang sekarang agar kerajaan mempunyai masa yang cukup selesa untuk menyelaraskan GST,'' katanya ketika ditemui pada Seminar Wawasan Industri anjuran Yayasan Kepimpinan Perdana di sini hari ini.
Jelasnya, sekiranya pengumuman awal mengenai pelaksanaan GST dibuat pada bajet akan datang, sekurang-kurangnya kerajaan mempunyai masa kira-kira tiga tahun lagi untuk membuat persediaan.
Menurut beliau, pengenalan GST penting untuk mengimbangi semula pendapatan negara selepas krisis ekonomi global.Sebelum ini, pada 2004, kerajaan merancang memperkenalkan GST yang berkonsepkan nilai tambah pada 1 Januari 2007 berikutan pemansuhan cukai jualan dan cukai perkhidmatan.
Bagaimanapun dua tahun kemudian, kerajaan mengumumkan penangguhan pelaksanaan GST dengan alasan untuk memastikan sebarang masalah yang dijangka timbul daripada pelaksanaan GST dapat diselesaikan.
Selepas lima tahun membuat cadangan, kerajaan masih belum bersedia melaksanakan cukai barangan dan perkhidmatan (GST) kerana mengambil kira beban kos sara hidup yang tinggi ditanggung rakyat terutama ketika keadaan ekonomi yang tidak menggalakkan.
Menteri Kewangan Kedua, Datuk Seri Ahmad Husni Hanadzlah, baru-baru ini berkata, kerajaan masih belum bersedia untuk melaksanakan GST kerana tumpuan utama kerajaan sekarang adalah memelihara kepentingan rakyat.Meskipun begitu, Ahmad Husni berkata, kerajaan masih menjalankan kajian terperinci tentang pelaksanaan GST
August 21, 2009
Fund Price
About Me
- Nuang
- Ibrahim bin Ramli@Nuang started his career with CIMB Wealth Advisors Berhad as Agency Manager in April, 2008.Previously he was an Internal Auditors and Accounts Executive with Perodua Sales Sdn Bhd since 17 August, 1994. His background:- 1.Certified of Achievement for Master Sales Leadership from Dr Lawrence Walter Ng of President of The Art Of Learning and International Of Learning Without Learning 2.Certified for eXtra Ordinary Performance of Lawrence Walter Award Certificate for One Million Ringgit Club 2007 3. Certified Life & General insurances 4. Conferred with Diploma in Business Studiess & Bachelor of Business Admin(Hons)Finance from UiTM, Terengganu Branch & Shah Alam respectively;
music
Create a playlist at MixPod.com