KUALA LUMPUR 18 Ogos - Danajamin Nasional Bhd. (Danajamin) dijangka menerima 30 permohonan daripada sektor korporat bagi mendapatkan jaminan terhadap pembiayaan terbitan bon.
Gabenor Bank Negara (BNM), Tan Sri Zeti Akhtar Aziz berkata, sejak mula beroperasi tiga bulan lalu, Danajamin menerima dua permohonan yang membabitkan terbitan bon sebanyak RM8.4 bilion.
''Inisiatif seterusnya adalah meneruskan operasi Jawatankuasa Penyusunan Semula Hutang Korporat (CDRC) untuk kemudahan penstrukturan semula hutang termasuk sekuriti hutang swasta pelbagai syarikat besar,'' katanya. Beliau menyatakan demikian ketika berucap pada majlis pelancaran Buku Panduan Bon Korporat Malaysia AmBank di sini hari ini.
Turut hadir Pengerusi Kumpulan AmBank, Tan Sri Azman Hashim dan Pengarah Urusan Kumpulan AmBank, Cheah Tek Kuang.
Menerusi modal berbayar awal sebanyak RM1 bilion, Danajamin dijangka berupaya menaja jamin bon sehingga RM15 bilion. Danajamin adalah syarikat insurans berlesen yang ditubuhkan mengikut Akta Insurans 1996 dan tertakluk kepada pengawalseliaan BNM, sekali gus membolehkannya menjalankan perniagaan insurans jaminan kewangan.
Menurut Zeti, pasaran bon Malaysia yang merupakan terbesar di ASEAN, menyaksikan terdapat peningkatan pembiayaan dalam pasaran bon. ''Kini, pembiayaan menerusi pasaran bon oleh sektor swasta merangkumi 58 peratus daripada jumlah keseluruhan pembiayaan berbanding 33 peratus ketika krisis kewangan Asia di mana pergantungan lebih tinggi diberikan kepada pembiayaan sektor perbankan,'' kata beliau.
Tambah beliau, tanda-tanda pemulihan pasaran bon dapat dilihat selaras dengan unjuran ekonomi domestik lebih baik pada separuh kedua tahun ini dan seterusnya pada 2010.
Katanya, di pasaran utama, terbitan bon korporat baru meningkat 40 peratus kepada RM28.4 bilion pada suku kedua tahun ini dan di pasaran sekunder pula purata jumlah urus niaga harian meningkat lebih daripada 50 peratus.
Zeti berkata, permintaan terhadap sekuriti dengan pulangan yang tinggi mula meningkat, mendahului pemulihan ekonomi global.Sehubungan itu, jelas beliau, pelabur antarabangsa kini mula melihat kepada pasaran kewangan Asia berikutan jangkaan pemulihan ekonomi rantau ini yang lebih awal.''Aliran ini jelas boleh dilihat dengan aliran masuk dana pasaran baru sejak April tahun ini dengan purata aliran masuk sebanyak AS$144 juta (RM504 juta) seminggu berbanding aliran keluar bersih yang dicatatkan pada awal tahun ini,'' ujarnya.
Zeti berkata, aliran positif itu meningkatkan peluang Malaysia untuk mengembangkan pasaran bon.
Fund Price
About Me
- Nuang
- Ibrahim bin Ramli@Nuang started his career with CIMB Wealth Advisors Berhad as Agency Manager in April, 2008.Previously he was an Internal Auditors and Accounts Executive with Perodua Sales Sdn Bhd since 17 August, 1994. His background:- 1.Certified of Achievement for Master Sales Leadership from Dr Lawrence Walter Ng of President of The Art Of Learning and International Of Learning Without Learning 2.Certified for eXtra Ordinary Performance of Lawrence Walter Award Certificate for One Million Ringgit Club 2007 3. Certified Life & General insurances 4. Conferred with Diploma in Business Studiess & Bachelor of Business Admin(Hons)Finance from UiTM, Terengganu Branch & Shah Alam respectively;
music
Create a playlist at MixPod.com