KUALA LUMPUR 17 Ogos - Perbadanan Pembangunan Multimedia (MDeC) telah menubuhkan dana awal berjumlah RM75 juta untuk membantu syarikat berstatus MSC tempatan menghasilkan animasi dan permainan dengan rakan kongsi asing.
Dana Produksi Bersama Pusat Kandungan Kreatif MSC Malaysia (MAC3) baharu itu dijangka membiayai kira-kira 15 projek bagi tempoh dua tahun akan datang, kata Ketua Pegawai Eksekutif MDeC Datuk Badlisham Ghazali hari ini.
Beliau berkata, sejumlah 15 projek yang disasarkan itu berpotensi menyedia 600 peluang kerja bagi pekerja kreatif dalam pelbagai kapasiti sepanjang tempoh projek tersebut.
"Bergantung kepada prestasi syarikat yang produksi bersama mereka akan dibiayai menerusi mekanisme ini, kami berharap dapat mengembangkan jumlah dana di masa depan menerusi pelbagai model, dan bukan bergantung hanya kepada mekanisme pembiayaan terus kerajaan," katanya selepas majlis penyampaian hadiah bersempena dengan pertandingan Cabaran Pencipta Harta Intelektual tahunan MSC Malaysia di sini.
MDeC merupakan perbadanan unik milik kerajaan yang ditubuhkan untuk memudahkan pembangunan dan promosi MSC Malaysia, inisiatif ICT (teknologi, maklumat dan komunikasi) utama Malaysia.
Sementara itu, Badlisham berkata, MDeC menyokong pendirian kerajaan terhadap penapisan Internet. Beliau berkata, perbadanan itu akan terus menyokong kepentingan perkara itu bagi menggalakkan pewujudan persekitaran yang liberal dan kondusif bagi ICT dan industri multimedia serta menarik pelaburan baharu dalam sektor tersebut.
Dasar tiada penapisan Internet sekarang tidak bermakna sesiapa sahaja boleh menyebarkan kandungan haram dengan bebas tanpa mempedulikan undang-undang, katanya. - Bernama
August 18, 2009
Fund Price
About Me
- Nuang
- Ibrahim bin Ramli@Nuang started his career with CIMB Wealth Advisors Berhad as Agency Manager in April, 2008.Previously he was an Internal Auditors and Accounts Executive with Perodua Sales Sdn Bhd since 17 August, 1994. His background:- 1.Certified of Achievement for Master Sales Leadership from Dr Lawrence Walter Ng of President of The Art Of Learning and International Of Learning Without Learning 2.Certified for eXtra Ordinary Performance of Lawrence Walter Award Certificate for One Million Ringgit Club 2007 3. Certified Life & General insurances 4. Conferred with Diploma in Business Studiess & Bachelor of Business Admin(Hons)Finance from UiTM, Terengganu Branch & Shah Alam respectively;
music
Create a playlist at MixPod.com