August 25, 2009

Saham mewah rangsang Bursa kukuh

KUALA LUMPUR 24 Ogos - Harga saham di Bursa Malaysia ditutup tinggi hari ini dengan belian dalam saham mewah seperti British American Tobacco dan Genting, kata para peniaga.
Indeks Komposit Kuala Lumpur FTSE Bursa Malaysia Kuala Lumpur (FBM KLCI) naik 10.7 mata atau 0.91 peratus untuk ditutup kepada 1,174.49, selepas dibuka 4.76 mata lebih tinggi kepada 1,163.79 pagi ini.

Penganalisis SJ Securities, Phua Kwee Hock, berkata pasaran dijangka bergerak meningkat minggu ini dan diniagakan sekitar 1,185.Pada 5 petang, Indeks Kewangan naik 68.81 mata kepada 9,485.1, Indeks Perladangan meningkat 19.13 mata kepada 5,845.81 manakala Indeks Perusahaan menambah 17.11 mata kepada 2,590.62. Indeks FBM Emas menokok 69.77 mata kepada 7,932.22, FBM Top 100 meningkat 70.29 mata kepada 7,708.28, tetapi Indeks FBM ACE turun 22.99 mata kepada 4,182.85.

Kaunter untung mengatasi kaunter rugi sebanyak 390 berbanding 239 manakala 224 kaunter ditutup tidak berubah, 384 tidak diniagakan dan tiada yang digantung. Jumlah dagangan meningkat kepada 694.863 juta saham bernilai RM1.11 bilion daripada 604.128 juta saham bernilai RM965.320 juta semalam.

Peneraju jumlah dagangan, MSports turun 4.5 sen kepada 64.5 sen, KNM Group meningkat setengah sen untuk ditutup kepada 76 sen, Jetson-Wa naik empat sen kepada 60.5 sen manakala Iris turun setengah sen kepada 16.5 sen.

TIME berkurangan satu sen kepada 27 sen, Genting Malaysia susut enam sen kepada RM6.23 manakala MRCB jatuh dua sen kepada RM1.29.

Jumlah dagangan di Pasaran Utama naik kepada 631.733 juta saham bernilai RM1.097 bilion daripada 547.025 juta saham bernilai RM953.442 juta pada Jumaat. Jumlah dagangan Pasaran ACE melonjak kepada 38.512 juta saham bernilai RM6.863 juta daripada 36.502 juta saham bernilai RM6.696 juta sebelumnya. Waran meningkat kepada 21.987 juta unit bernilai RM4.755 juta daripada 18.004 juta unit bernilai RM3.672 juta sebelumnya.

Barangan pengguna menyumbang 81.488 juta saham yang diniagakan di Pasaran Utama, barangan perusahaan 116.228 juta, pembinaan 63.219 juta, perdagangan/perkhidmatan 221.983 juta, teknologi 28.513 juta, prasarana 9.358 juta, kewangan 44.025 juta, hotel 1.239 juta, harta 46.703 juta, perladangan 17.788 juta, perlombongan 38,000, REITs 1.116 juta dan dana tertutup 30,500. -Bernama

Fund Price

About Me

My photo
Ibrahim bin Ramli@Nuang started his career with CIMB Wealth Advisors Berhad as Agency Manager in April, 2008.Previously he was an Internal Auditors and Accounts Executive with Perodua Sales Sdn Bhd since 17 August, 1994. His background:- 1.Certified of Achievement for Master Sales Leadership from Dr Lawrence Walter Ng of President of The Art Of Learning and International Of Learning Without Learning 2.Certified for eXtra Ordinary Performance of Lawrence Walter Award Certificate for One Million Ringgit Club 2007 3. Certified Life & General insurances 4. Conferred with Diploma in Business Studiess & Bachelor of Business Admin(Hons)Finance from UiTM, Terengganu Branch & Shah Alam respectively;

music


MusicPlaylistRingtones
Create a playlist at MixPod.com

Followers