August 25, 2009

Pengurus syarikat risiko terbesar perniagaan

MELBOURNE 24 Ogos - Pengurus syarikat dikenal pasti sebagai risiko terbesar kepada perniagaan di dalam kajian 'ukuran penipuan' yang dilakukan KPMG.

Australian Associated Press melaporkan kakitangan dalaman bertanggung jawab bagi 30 peratus daripada kesemua kes penipuan di dalam tempoh 18 bulan hingga Jun.

Katanya, kajian itu dilaksanakan bagi pertama kalinya di New Zealand, dengan aktiviti penipuan perlu melebihi A$100,000 (RM280,000) dan individu terlibat sekurang-kurangnya didakwa atau dijatuhi hukuman bagi kes itu dimasukkan di dalam kajian KPMG itu.

Dalam tempoh enam bulan hingga Jun, 28 penipuan besar dilaporkan kepada mahkamah di New Zealand, dengan jumlahnya melebihi A$20 juta (RM56 juta). Pada 2008, nilai penipuan lebih A$20 juta dilaporkan pada setiap setengah tahun.

Sasaran yang biasa ialah perniagaan komersial dengan 26 penipuan atau 29 peratus yang dikemukakan ke mahkamah sejak awal 2008.Kebanyakannya berkaitan kakitangan dalaman - kakitangan, pengurus atau pengarah - yang memanipulasi sistem perakaunan atau menipu majikan dengan memesongkan dana ke akaun bank sendiri.

Badan kerajaan juga mencatatkan 25 peratus penipuan, iaitu berkaitan penipuan berkaitan cukai, manfaat penipuan, geran dan penipuan kontrak penipuan perakuanan oleh kakitangan dalaman.Institusi kewangan juga terdedah kepada penipuan dalaman dan luaran di New Zealand. - BERNAMA

Fund Price

About Me

My photo
Ibrahim bin Ramli@Nuang started his career with CIMB Wealth Advisors Berhad as Agency Manager in April, 2008.Previously he was an Internal Auditors and Accounts Executive with Perodua Sales Sdn Bhd since 17 August, 1994. His background:- 1.Certified of Achievement for Master Sales Leadership from Dr Lawrence Walter Ng of President of The Art Of Learning and International Of Learning Without Learning 2.Certified for eXtra Ordinary Performance of Lawrence Walter Award Certificate for One Million Ringgit Club 2007 3. Certified Life & General insurances 4. Conferred with Diploma in Business Studiess & Bachelor of Business Admin(Hons)Finance from UiTM, Terengganu Branch & Shah Alam respectively;

music


MusicPlaylistRingtones
Create a playlist at MixPod.com

Followers