August 21, 2009

Belian berterusan Bursa ditutup tinggi

KUALA LUMPUR 20 Ogos - Minat berterusan ke atas saham berwajaran tinggi dan saham murah mendorong harga-harga saham di Bursa Malaysia ditutup kukuh hari ini di celah-celah kekurangan berita penggerak pasaran di dalam negara, kata para peniaga.

Pada pukul 5 petang, Indeks Komposit Kuala Lumpur FTSE Bursa Malaysia (FBM KLCI) ditutup 7.9 mata atau 0.73 peratus lebih tinggi pada 1,163.43. Ia dibuka pada 1,159.53 pagi ini, menokok 4.0 mata.

Indeks utama bergerak antara paras 1,155.53 dan 1,164.97 sepanjang sesi urus niaga hari ini. Seorang penganalisis berkata sentimen kekal tidak berubah dengan para pelabur menjangkakan berita baik dari AS lewat hari ini. Beliau berkata yang Rizab Persekutuan AS dijangka mengumumkan data aktiviti pembuatan serantau yang positif malam ini.

Pada penutup, Indeks Kewangan meningkat 49.96 mata kepada 9,405.8, Indeks Perladangan mengukuh 64.82 mata kepada 5,842.6 tetapi Indeks Perindustrian susut 1.98 mata kepada 2,562.49. Indeks Emas FBM menambah 57.26 mata kepada 7,865.11, Indeks FBM Top 100 naik 54.47 mata kepada 7,635.64 sementara Indeks Ace FBM lebih tinggi 27.02 mata kepada 4,201.57.

Saham-saham untung mengatasi saham rugi dengan 438 berbalas 213 sementara 213 kaunter ditutup tidak berubah, 397 tidak diniagakan dan tiga digantung.Jumlah dagangan merosot kepada 684.631 juta saham bernilai RM982.331 juta daripada 875.158 juta saham bernilai RM1.301 bilion pada Rabu.

Peneraju dari segi jumlah dagangan, KNM Group mengukuh 2.5 sen kepada 78 sen, MSports turun setengah sen kepada 76 sen sementara Compugates dan Metronic, masing-masing kekal pada tujuh sen dan sembilan sen.

Jumlah dagangan di Pasaran Utama berkurangan kepada 627.212 juta saham bernilai RM982.331 jtua daripada 808.349 juta saham bernilai RM1.287 bilion. Jumlah dagangan di pasaran ACE merosot kepada 30.092 juta saham bernilai RM5.764 juta daripada 34.237 juta saham bernilai RM6.408 juta sebelumnya.

Waran pula lebih rendah kepada 25.571 juta saham bernilai RM5.306 juta berbanding 28.835 juta unit bernilai RM5.625 juta semalam.

Produk pengguna menguasai 67.070 juta saham yang diniagakan di Pasaran utama, produk perindustrian 136.074 juta, pembinaan 48.655 juta, urus niaga/perkhidmatan 224.709 juta, teknologi 27.174 juta, infrastruktur 9.139 juta, kewangan 49.674 juta, perhotelan 1.629 juta, hartanah 47.474 juta, perladangan 14.286 juta, perlombongan 16,100, REITs 1.272 juta dan dana tertutup 38,000. - Bernama

Fund Price

About Me

My photo
Ibrahim bin Ramli@Nuang started his career with CIMB Wealth Advisors Berhad as Agency Manager in April, 2008.Previously he was an Internal Auditors and Accounts Executive with Perodua Sales Sdn Bhd since 17 August, 1994. His background:- 1.Certified of Achievement for Master Sales Leadership from Dr Lawrence Walter Ng of President of The Art Of Learning and International Of Learning Without Learning 2.Certified for eXtra Ordinary Performance of Lawrence Walter Award Certificate for One Million Ringgit Club 2007 3. Certified Life & General insurances 4. Conferred with Diploma in Business Studiess & Bachelor of Business Admin(Hons)Finance from UiTM, Terengganu Branch & Shah Alam respectively;

music


MusicPlaylistRingtones
Create a playlist at MixPod.com

Followers