KUALA LUMPUR 17 Ogos - Harga-harga saham di Bursa Malaysia ditutup rendah hari ini ekoran aktiviti jualan berterusan secara keseluruhannya, kata para peniaga.
Indeks komposit Kuala Lumpur FTSE Bursa Malaysia (FBM KLCI) merosot 19.52 mata untuk ditutup pada 1,169.05, selepas dibuka 1.32 mata lebih rendah pada 1,187.25.
Seorang penganalisis berkata pasaran berada dalam mod pembetulan selepas keuntungan baru-baru ini dengan KLCI FBM mencapai paras 1,190-mata minggu lepas.
"Trend menurun ini ialah berikutan aktiviti pengambilan untung yang ketara dan tiadanya pemangkin baru untuk merangsangkan sentimen.
Pada penutup, Indeks Kewangan susut 194.88 mata kepada 9,455.31, Indeks Perladangan turun 127.58 mata kepada 5,939.38 dan Indeks Perindustrian merosot 33.22 mata kepada 2,575.83. Indeks Emas FBM berkurangan 162.18 mata kepada 7,899.08, FBM Top 100 lega 141.40 mata kepada 7,671.14 dan Indeks FBM ACE lebih rendah 89.83 mata kepada 4,216.64.
Saham-saham rugi mengatasi saham untung dengan 701 berbalas 93 sementara 111 kaunter tidak berubah dan 331 lain tidak diniagakan.
Jumlah dagangan merosot kepada 1.023 bilion saham bernilai RM1.435 bilion daripada 1.051 bilion saham bernilai RM1.556 bilion Jumaat lepas.
Mendahului jumlah dagangan ialah KNM Group yang susut 4.5 sen kepada 75 sen sementara TA merosot tujuh sen kepada RM1.16, MRCB lebih rendah lapan sen kepada RM1.33, Axiata berkurangan 13 sen kepada RM3.00 dan Telekom Malaysia menokok satu sen kepada RM3.08.
UEM Land turun tujuh sen kepada RM1.56 sen dan AirAsia merosot setengah sen kepada RM1.44.
Jumlah dagangan di Pasaran Utama ialah 904.397 juta saham bernilai RM1.414 bilion, lebih rendah berbanding Jumaat lepas iaitu 931,588 juta saham bernilai RM1.536 bilion. Jumlah dagangan di Pasaran ACE susut kepada 72.808 juta saham bernilai RM11.237 juta daripada 80.976 juta saham bernilai RM10.643 juta.
Waran, bagaimanapun, meningkat kepada 41.008 juta unit bernilai RM8.121 juta daripada 34.939 juta unit bernilai RM7.967 juta.
Produk pengguna menguasai 40.815 juta saham yang diniagakan di Pasaran Utama, produk perindustrian 255.488 juta, pembinaan 76.080 juta, urus niaga/perkhidmatan 305.317 juta, teknologi 18.790 juta, infrastruktur 12.012 juta, kewangan 70.503 juta, perhotelan 2.053 juta, hartanah 90.185 juta, perladangan 32.075 juta, perlombongan 53,000, REITs 952,900 dan dana tertutup 75,300.
August 18, 2009
Fund Price
About Me
- Nuang
- Ibrahim bin Ramli@Nuang started his career with CIMB Wealth Advisors Berhad as Agency Manager in April, 2008.Previously he was an Internal Auditors and Accounts Executive with Perodua Sales Sdn Bhd since 17 August, 1994. His background:- 1.Certified of Achievement for Master Sales Leadership from Dr Lawrence Walter Ng of President of The Art Of Learning and International Of Learning Without Learning 2.Certified for eXtra Ordinary Performance of Lawrence Walter Award Certificate for One Million Ringgit Club 2007 3. Certified Life & General insurances 4. Conferred with Diploma in Business Studiess & Bachelor of Business Admin(Hons)Finance from UiTM, Terengganu Branch & Shah Alam respectively;
music
Create a playlist at MixPod.com