August 11, 2009

Daya pemulihan Asia lebih baik

KUALA LUMPUR 10 Ogos - Rantau Asia memiliki daya pemulihan yang jauh lebih baik dalam menangani kemelesetan ekonomi global hasil reformasi yang dilakukan selepas berlakunya krisis kewangan Asia 12 tahun lalu.

Pengerusi Suruhanjaya Sekuriti (SC), Tan Sri Zarinah Anwar berkata, reformasi yang dilakukan termasuk mengukuhkan keseluruhan pengurusan ekonomi, meningkatkan pengawasan terhadap institusi kewangan, melakukan pembaharuan dalam urus tadbir korporat dan memperkukuhkan mekanisme perlindungan para pelabur.

Bagaimanapun, kata beliau, Asia masih perlu mempelajari kesan-kesan kemelesetan ekonomi semasa memandangkan rantau itu akan memperluaskan peranan pasaran-pasaran modal.
''Setiap isu adalah kompleks dan mengandungi pelbagai elemen yang berbeza yang menuntut keseimbangan.

''Sebagai contoh, di peringkat hadapan perdebatan mengenai perundangan, menitikberatkan tumpuan terhadap keperluan keseimbangan antara kestabilan kewangan dan perlindungan pelaburan, inovasi kewangan dan liberalisasi kepada pihak lain,'' katanya ketika menyampai ucapan pembukaan pada Simposium Pasaran-Pasaran Modal Dunia di sini hari ini.

Zarinah berkata, untuk memenuhi tuntutan tersebut, memerlukan pertimbangan yang pelbagai - daripada perundangan antara disiplin pasaran kepada peranan pendekatan alternatif seperti kewangan Islam dalam melengkapi sistem kewangan yang ortodoks.

Katanya, dalam menangani isu-isu tersebut memerlukan input yang kolektif dengan pembabitan semua pemegang kepentingan di semua peringkat termasuk individu, institusi, industri, kerajaan dan badan-badan pengawal selia antarabangsa.

''Pasaran-pasaran baru muncul yang memberi maklum balas yang terbuka dan liberalisasi pasaran telah menjadi lebih bersepadu dengan sistem kewangan global dan kini melalui cabaran dengan negara-negara membangun,'' ujar beliau.

Zarinah menambah, berurusan semasa krisis dan selepasnya memerlukan pelbagai inisiatif bagi sektor awam dan swasta.Berikutan itu, dunia perlu melakukan penilaian semula dalam landskap kewangan global, menimbang semula peranan pasaran serta haluan operasi.

Fund Price

About Me

My photo
Ibrahim bin Ramli@Nuang started his career with CIMB Wealth Advisors Berhad as Agency Manager in April, 2008.Previously he was an Internal Auditors and Accounts Executive with Perodua Sales Sdn Bhd since 17 August, 1994. His background:- 1.Certified of Achievement for Master Sales Leadership from Dr Lawrence Walter Ng of President of The Art Of Learning and International Of Learning Without Learning 2.Certified for eXtra Ordinary Performance of Lawrence Walter Award Certificate for One Million Ringgit Club 2007 3. Certified Life & General insurances 4. Conferred with Diploma in Business Studiess & Bachelor of Business Admin(Hons)Finance from UiTM, Terengganu Branch & Shah Alam respectively;

music


MusicPlaylistRingtones
Create a playlist at MixPod.com

Followers