KUALA LUMPUR 10 Ogos - Malaysia berpotensi menarik pelaburan asing walaupun dunia berhadapan dengan masalah untuk berbuat demikian, kata Ketua Penasihat Suruhanjaya Kawal Selia Perbankan China, Datuk Seri Panglima Andrew Sheng.
Beliau berkata, Malaysia berada di landasan terbaik untuk menarik pelabur asing dengan pengenalan beberapa langkah liberalisasi yang diumumkan oleh kerajaan baru-baru ini.
''Namun untuk memastikan pelaburan asing terus masuk ke negara ini, kita tidak hanya perlu meliberalisasi tetapi harus berjumpa dan menerangkan potensi pelaburan negara.
''Selain itu, syarikat-syarikat asing yang berada di Malaysia perlu meningkatkan pelaburan mereka,'' katanya ketika diminta mengulas mengenai kesan liberalisasi kepada pelaburan asing negara.
Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas menjadi ahli panel salah satu sesi Simposium Pasaran-Pasaran Modal Dunia di sini hari ini.Sementara itu, ketika ditanya mengenai kedudukan krisis ekonomi dunia, Sheng berkata, krisis berada di pertengahan dan dunia masih mencari jalan untuk terus merangsang ekonomi.
''Tetapi keadaan masih berada dalam keadaan sukar dan tidak ada jawapan yang mudah bagi mengatasi masalah ini,'' jelasnya.Sheng berkata, pengalaman krisis ekonomi lalu telah banyak membantu Malaysia, tetapi bergerak ke hadapan keadaan akan menjadi lebih sukar kerana dunia semakin berubah dan negara perlu menyesuaikan diri dengan keadaan tersebut.
August 11, 2009
Fund Price
About Me
- Nuang
- Ibrahim bin Ramli@Nuang started his career with CIMB Wealth Advisors Berhad as Agency Manager in April, 2008.Previously he was an Internal Auditors and Accounts Executive with Perodua Sales Sdn Bhd since 17 August, 1994. His background:- 1.Certified of Achievement for Master Sales Leadership from Dr Lawrence Walter Ng of President of The Art Of Learning and International Of Learning Without Learning 2.Certified for eXtra Ordinary Performance of Lawrence Walter Award Certificate for One Million Ringgit Club 2007 3. Certified Life & General insurances 4. Conferred with Diploma in Business Studiess & Bachelor of Business Admin(Hons)Finance from UiTM, Terengganu Branch & Shah Alam respectively;
music
Create a playlist at MixPod.com