KUALA LUMPUR 26 Ogos - Ekonomi negara mula menunjukkan pemulihan pada suku kedua 2009 apabila Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) hanya mencatatkan penguncupan sederhana 3.9 peratus berbanding -6.2 peratus pada suku sebelumnya. Prestasi itu sekali gus menyumbang penyusutan KDNK separuh pertama 2009 kepada -5.1 peratus.
Gabenor Bank Negara Malaysia, Tan Sri Dr. Zeti Akhtar Aziz optimis Malaysia akan mula mencatatkan pemulihan lebih baik menjelang suku ketiga nanti.
''Kami menjangkakan suku ketiga mencatatkan prestasi lebih baik, dengan kata lain penguncupan yang kurang, sebelum ekonomi kembali positif pada suku keempat,'' katanya pada sidang akhbar selepas mengumumkan prestasi ekonomi suku kedua tahun ini.
Unjuran itu berdasarkan peningkatan dalam permintaan domestik pada separuh kedua disebabkan akses pembiayaan lebih baik, kadar faedah dan kadar inflasi yang rendah, kestabilan pasaran kewangan, pasaran buruh semakin pulih serta pertumbuhan sektor isi rumah dan perniagaan yang seimbang.
Selain itu, harga komoditi yang semakin pulih juga bakal menyokong perbelanjaan domestik dan pelaksanaan secara agresif pelan rangsangan ekonomi yang akan mengukuhkan permintaan.
Beliau berkata, permintaan domestik khususnya perbelanjaan pengguna yang semakin pulih, merupakan trend yang menggalakkan sejajar dengan perhatian untuk meningkatkan pelaburan asing dan domestik dalam aktiviti ekonomi.
Tambahnya, permintaan domestik kini menyumbang sebanyak 88 peratus kepada pertumbuhan berbanding sektor luaran 12 peratus.
Jelasnya, ia merupakan perubahan struktur, sekali gus menunjukkan ekonomi negara kini semakin seimbang dan tidak lagi terlalu bergantung kepada sektor eksport semata-mata.
Pada sidang akhbar itu, Zeti berkata, pemulihan ekonomi pada suku kedua itu disokong oleh perbelanjaan awam yang tinggi dan pertumbuhan positif dalam penggunaan swasta.
Menurut beliau, kesemua sektor utama ekonomi mencatatkan prestasi yang lebih baik pada suku kedua dengan sektor perkhidmatan merekodkan pertumbuhan positif 1.6 peratus.
Pertumbuhan sektor pembinaan juga semakin kukuh pada 2.8 peratus dalam tempoh tersebut hasil pelaksanaan pakej rangsangan ekonomi fiskal.
Sektor pertanian juga menyaksikan pemulihan semula dengan mencatatkan pertumbuhan 0.3 peratus bagaimanapun sektor perlombongan menyusut kepada 2.6 peratus berikutan penurunan pengeluaran gas asli dan minyak mentah.
Bagi sektor luaran, perdagangan adalah lebih kecil namun dari segi nilai ia kekal besar pada RM26.5 bilion disebabkan oleh kadar penguncupan import yang lebih perlahan berbanding eksport kasar.
Eksport kasar menyusut dengan nyata sebanyak 26.3 peratus ekoran permintaan terhadap keluaran perkilangan daripada rakan niaga utama negara masih lemah manakala eksport komoditi merosot dengan ketara sebanyak 40.6 peratus.Aliran masuk kasar pelaburan terus asing (FDI) pada asas tunai adalah lebih tinggi pada RM10.4 bilion pada suku kedua berbanding RM6.8 bilion pada suku sebelumnya, mencerminkan aliran masuk modal ekuiti yang lebih tinggi.
FDI bersih berjumlah RM6.7 bilion dan disalurkan dalam sektor minyak dan gas serta perkilangan.
Pelaburan luar negara syarikat Malaysia pada suku kedua mencatatkan aliran keluaran bersih RM0.9 bilion dengan tumpuan pada sektor perkhidmatan terutama subsektor kewangan, insurans, harta dan perkhidmatan perniagaan serta komunikasi.
Fund Price
About Me
- Nuang
- Ibrahim bin Ramli@Nuang started his career with CIMB Wealth Advisors Berhad as Agency Manager in April, 2008.Previously he was an Internal Auditors and Accounts Executive with Perodua Sales Sdn Bhd since 17 August, 1994. His background:- 1.Certified of Achievement for Master Sales Leadership from Dr Lawrence Walter Ng of President of The Art Of Learning and International Of Learning Without Learning 2.Certified for eXtra Ordinary Performance of Lawrence Walter Award Certificate for One Million Ringgit Club 2007 3. Certified Life & General insurances 4. Conferred with Diploma in Business Studiess & Bachelor of Business Admin(Hons)Finance from UiTM, Terengganu Branch & Shah Alam respectively;
music
Create a playlist at MixPod.com