June 4, 2009

Ringgit ditutup meningkat

KUALA LUMPUR 3 Jun - Ringgit meningkat berbanding dolar AS ketika ditutup hari ini dengan para pelabur menjual sebahagian daripada dolar AS, kata para peniaga.

Pada pukul 5 petang, ringgit meningkat kepada 3.4840/4880 berbanding dolar AS daripada penutup Selasa iaitu 3.4890/4940.

Seorang peniaga berkata, masih lagi terdapat permintaan untuk ringgit tempatan dengan dana lindung nilai kembali ke pasaran untuk mengambil kesempatan atas sentimen yang kian pulih di bursa tempatan.

"Untuk tempoh jangka panjang, unit tempatan nampak lebih kukuh berbanding dolar AS dan mungkin menguji paras di bawah 3.4 dalam tempoh dua bulan ini," kata beliau.

Ringgit, yang bergerak antara 3.472 dan 3.488 hari ini, ditutup bercampur-campur berbanding mata wang utama yang lain.

Berbanding dolar Singapura, mata wang tempatan menokok kepada 2.4168/4214 daripada 2.4177/4230 semalam dan lebih tinggi berbanding yen kepada 3.6145/6209 daripada 3.6167/6241 sebelumnya.

Bagaimanapun, ringgit turun berbanding euro kepada 4.9560/9641 daripada 4.9237/9325 dan lebih rendah berbanding pound Britain pada 5.7758/7842 daripada 5.7136/7225 sebelumnya.
- Bernama

Fund Price

About Me

My photo
Ibrahim bin Ramli@Nuang started his career with CIMB Wealth Advisors Berhad as Agency Manager in April, 2008.Previously he was an Internal Auditors and Accounts Executive with Perodua Sales Sdn Bhd since 17 August, 1994. His background:- 1.Certified of Achievement for Master Sales Leadership from Dr Lawrence Walter Ng of President of The Art Of Learning and International Of Learning Without Learning 2.Certified for eXtra Ordinary Performance of Lawrence Walter Award Certificate for One Million Ringgit Club 2007 3. Certified Life & General insurances 4. Conferred with Diploma in Business Studiess & Bachelor of Business Admin(Hons)Finance from UiTM, Terengganu Branch & Shah Alam respectively;

music


MusicPlaylistRingtones
Create a playlist at MixPod.com

Followers