June 4, 2009

‘Tiada pakej ekonomi baru’

KERAJAAN tidak akan memperkenalkan pakej rangsangan ekonomi baru memandangkan dua pakej awal bernilai RM67 bilion memadai untuk membiayai keperluan negara bagi memulihkan pertumbuhan ekonomi yang lemah ketika ini.

Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin, berkata beliau yakin, peruntukan dua pakej rangsangan yang diumumkan itu sudah disalurkan sewajarnya oleh pihak berkenaan. “Dua pakej bernilai RM67 bilion sedang dilaksanakan dan semua kementerian serta agensi terbabit sudah diberi arahan jelas untuk menyalurkan dana berkenaan bagi pelbagai program dan projek yang dirancang.

“Saya berharap yang dirancang sudah dimulakan dan saya juga percaya jumlah diperuntukkan setakat ini cukup untuk membina kapasiti. Kita tidak perlu pakej rangsangan seterusnya,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan Smidex 2009, pameran sektor berkaitan perusahaan kecil dan sederhana (PKS), anjuran Perbadanan Pembangunan Industri Kecil dan Sederhana (Smidec) di Kuala Lumpur, semalam.

Muhyiddin turut merasmikan Kongres Dewan Perniagaan Sedunia (WCC) keenam yang dianjurkan sempena pameran perdagangan tahunan itu. Muhyiddin berkata demikian ketika diminta menjelaskan sama ada kerajaan bersedia untuk memperkenalkan pakej rangsangan ekonomi baru bagi mempercepatkan pertumbuhan ekonomi negara.

Minggu lalu, kerajaan menyemak semula unjuran pertumbuhan ekonomi negara bagi tahun ini daripada antara -1 peratus hingga satu peratus kepada antara -4 peratus dan -5 peratus.
Dalam perkembangan berkaitan, Muhyiddin berkata, kerajaan akan melonggarkan lagi beberapa syarat pelaburan dalam sektor kecil tertentu termasuk yang membabitkan Jawatankuasa Pelaburan Asing (FIC) dan pengumuman mengenainya akan dibuat dalam oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak dalam beberapa minggu lagi.

“Kerajaan baru mengumumkan liberalisasi beberapa sektor kecil perkhidmatan dan kewangan. Ada sektor lain yang kita rasa perlu di liberalisasi, akan diliberalisasikan,” katanya. “Saya fikir akan ada pengumuman mengenainya yang akan dibuat oleh Perdana Menteri (Datuk Seri Najib Razak) dalam beberapa minggu lagi berkenaan usaha untuk memudahkan perniagaan dan juga ada yang membabitkan FIC,” katanya.

Terdahulu dalam ucapannya, Muhyiddin berkata, kerajaan akan terus melaksanakan liberalisasi sektor kecil perkhidmatan untuk merangsang pertumbuhan ekonomi dan meningkatkan keupayaan dan daya saing.

Langkah yang dibuat secara berperingkat itu, katanya dijangka memberi pelbagai manfaat termasuk menarik pelaburan asing langsung, menggalakkan pemindahan kepakaran dan teknologi, mewujudkan peluang kepada syarikat tempatan mengembangkan operasi ke pasaran serantau dan global serta meningkatkan daya saing menerusi usaha sama dengan pelabur asing.

Sementara itu, Muhyiddin berkata, Malaysia kini berada dalam senarai ke-21 sebagai pengeksport terbesar dunia dan tahun lalu nilai perdagangan negara mencapai RM1.19 trilion, naik 6.8 peratus berbanding 2007. Eksport meningkat sebanyak 9.6 peratus kepada RM663.51 bilion, manakala import berkembang 3.3 peratus kepada RM521.5 bilion, menghasilkan lebihan dagangan sebanyak RM142.01 bilion.

Fund Price

About Me

My photo
Ibrahim bin Ramli@Nuang started his career with CIMB Wealth Advisors Berhad as Agency Manager in April, 2008.Previously he was an Internal Auditors and Accounts Executive with Perodua Sales Sdn Bhd since 17 August, 1994. His background:- 1.Certified of Achievement for Master Sales Leadership from Dr Lawrence Walter Ng of President of The Art Of Learning and International Of Learning Without Learning 2.Certified for eXtra Ordinary Performance of Lawrence Walter Award Certificate for One Million Ringgit Club 2007 3. Certified Life & General insurances 4. Conferred with Diploma in Business Studiess & Bachelor of Business Admin(Hons)Finance from UiTM, Terengganu Branch & Shah Alam respectively;

music


MusicPlaylistRingtones
Create a playlist at MixPod.com

Followers