KUALA LUMPUR 3 Jun - Harga saham di Bursa Malaysia ditutup rendah hari ini apabila tekanan pengambilan untung berterusan susulan kenaikan pasaran pada Mei, kata para peniaga.
Bagaimanapun, mereka berkata masih terdapat banyak mudah tunai yang akan terus merangsang pasaran.
Indeks Komposit Kuala Lumpur (IKKL) turun 8.22 mata kepada 1,055.40 selepas dibuka 0.17 mata lebih tinggi kepada 1,063.79 pagi ini.
Indeks Perladangan turun 15.39 mata untuk ditutup kepada 5,389.81, Indeks Kewangan susut 61.72 mata kepada 8,202.71 manakala Indeks Perusahaan berkurangan 22.78 mata kepada 2,321.51. Indeks FBMEmas turun 37.41 mata kepada 7,065.43 manakala Indeks FBM30 susut 59.43 mata kepada 6,716.15.
Bagaimanapun, Indeks FBM2BRD meningkat 13.10 mata kepada 4,590.94 manakala Indeks FBMMesdaq naik 59.58 mata kepada 4,093.97.
Dalam dagangan tidak menentu, kaunter untung mengatasi kaunter rugi sebanyak 420 berbanding 250 manakala 208 kaunter tidak berubah, 359 tidak diniagakan dan 41 yang lain digantung.
Jumlah dagangan susut kepada 1.794 bilion saham bernilai RM1.330 bilion daripada 2.113 bilion saham bernilai RM1.927 bilion semalam.
Antara peneraju jumlah dagangan utama ialah Compugates yang turun setengah sen kepada 7.5 sen, Iris Corporation yang naik 1.5 sen kepada 20 sen dan Mulpha International yang meningkat 2.5 sen kepada 56 sen.
Jumlah dagangan di Papan Utama berkurangan kepada 1.530 bilion saham bernilai RM1.262 bilion daripada 1.819 bilion saham bernilai RM1.817 bilion semalam.
Jumlah dagangan di Papan Kedua turun kepada 82.217 juta unit bernilai RM30.751 juta daripada 154.442 juta unit bernilai RM73.003 juta sebelumnya.
Jumlah dagangan di Pasaran Mesdaq susut kepada 160.294 juta saham bernilai RM31.669 juta daripada 88.847 juta saham bernilai RM24.188 juta. Waran berkurangan kepada 13.833 juta unit bernilai RM2.524 juta daripada 35.164 juta unit bernilai RM7.287 juta sebelumnya.
Mengikut sektor, barangan pengguna menyumbang 45.771 juta saham yang diniagakan di Papan Utama, barangan perusahaan 261.644 juta, pembinaan 80.190 juta, perdagangan/perkhidmatan 755,900 juta, teknologi 27.203 juta, prasarana 75.327 juta, kewangan 91.856 juta, hotel 4.657 juta, harta 169.344 juta, perladangan 17.828 juta, perlombongan 5,000, REITs 1.098 juta, dan dana tertutup 61,600.
- Bernama
June 4, 2009
Fund Price
About Me
- Nuang
- Ibrahim bin Ramli@Nuang started his career with CIMB Wealth Advisors Berhad as Agency Manager in April, 2008.Previously he was an Internal Auditors and Accounts Executive with Perodua Sales Sdn Bhd since 17 August, 1994. His background:- 1.Certified of Achievement for Master Sales Leadership from Dr Lawrence Walter Ng of President of The Art Of Learning and International Of Learning Without Learning 2.Certified for eXtra Ordinary Performance of Lawrence Walter Award Certificate for One Million Ringgit Club 2007 3. Certified Life & General insurances 4. Conferred with Diploma in Business Studiess & Bachelor of Business Admin(Hons)Finance from UiTM, Terengganu Branch & Shah Alam respectively;
music
Create a playlist at MixPod.com