June 19, 2009

RHB Capital mahu lesen perbankan di Vietnam

KUMPULAN perbankan keempat terbesar di Malaysia, RHB Capital Bhd merancang mendapatkan lesen perbankan penuh di Vietnam sebagai antara usaha untuk mengembangkan operasi pada peringkat serantau.

Pengarah Urusannya, Micheal Barret, berkata kumpulan perbankan itu akan menjadikan pegangannya dalam Vietnam Securities Corporation (VSEC) sebagai ‘batu loncatan’ ke arah itu. Justeru, beliau berkata, ia akan mengambil kesempatan daripada liberalisasi pasaran kewangan di Vietnam untuk meningkatkan pegangannya dalam firma broker saham berkenaan.

“Kami akan mengembangkan perniagaan firma pembrokeran runcit itu yang kini hanya menawarkan perkhidmatan perbankan pelaburan dan pembiayaan korporat bagi turut meliputi kegiatan penaja jamin saham tawaran awam permulaan (IPO), dan seterusnya menjadi cawangan bank berlesen penuh secepat mungkin,” katanya pada sidang media selepas mesyuarat agung tahunan kumpulan perbankan itu di Kuala Lumpur semalam.

Hadir sama Pengarah Urusan RHB Bank Bhd, Datuk Tajuddin Atan dan Ketua Kewangannya, Kelle Kam Chee Khiong. Pada Mac tahun lalu, RHB Capital menerusi syarikat perbankan pelaburannya, RHB Investment Bank Bhd membeli 49 peratus ekuiti dalam VSEC berharga RM13.3 juta. Barret berkata, selain Vietnam, RHB Capital juga sedang meninjau peluang beroperasi di beberapa negara jiran lain.

Ketika ini, kumpulan perbankan yang dikuasai Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) itu sudah beroperasi di Singapura, Thailand, Brunei dan Vietnam. Jun tahun lalu, kumpulan itu dilaporkan meninjau peluang pengambilalihan strategik di Indonesia.

Langkah itu bertujuan meningkatkan asas keuntungan dan nilai pasaran di samping mencapai matlamat untuk muncul sebagai tiga penyedia perkhidmatan kewangan utama di rantau ini menjelang 2020.

Mengulas prospek kewangan kumpulan itu, Barret berkata, RHB Capital akan cuba mengekalkan pertumbuhan pinjamannya antara lima peratus hingga tujuh peratus tahun ini, lebih rendah berbanding pertumbuhan 11 peratus tahun lalu.

Mengenai hutang tidak berbayar (NPL), katanya, ia meningkat sedikit kepada kepada 2.57 peratus berbanding 2.24 peratus pada akhir Disember lalu. Beliau menjangkakan kadarnya akan kembali susut sejajar pemulihan ekonomi khususnya menjelang suku keempat tahun ini dan pihaknya tidak bercadang untuk menjual NPL.

Barret berkata, kumpulan itu juga berhasrat untuk meningkatkan sumbangan pendapatan daripada segmen perbankan Islam daripada 4.7 peratus kini kepada 10 peratus dalam tempoh 12 bulan hingga 18 bulan akan datang.

Fund Price

About Me

My photo
Ibrahim bin Ramli@Nuang started his career with CIMB Wealth Advisors Berhad as Agency Manager in April, 2008.Previously he was an Internal Auditors and Accounts Executive with Perodua Sales Sdn Bhd since 17 August, 1994. His background:- 1.Certified of Achievement for Master Sales Leadership from Dr Lawrence Walter Ng of President of The Art Of Learning and International Of Learning Without Learning 2.Certified for eXtra Ordinary Performance of Lawrence Walter Award Certificate for One Million Ringgit Club 2007 3. Certified Life & General insurances 4. Conferred with Diploma in Business Studiess & Bachelor of Business Admin(Hons)Finance from UiTM, Terengganu Branch & Shah Alam respectively;

music


MusicPlaylistRingtones
Create a playlist at MixPod.com

Followers