KUB Malaysia Bhd mensasar meningkatkan pendapatannya kepada RM1 bilion tahun ini daripada RM892.5 juta tahun lalu. Pengarah Urusan Kumpulannya, Datuk Mohd Nazar Samad, berkata sejumlah besar pendapatan itu akan diperoleh daripada perniagaan teknologi maklumat dan komunikasi (ICT) serta hartanah, kejuruteraan dan pembinaan.
“Kami akan terus mengukuhkan perniagaan teras dan menambah lagi nilai,” katanya selepas mesyuarat agung tahunan syarikat itu di Kuala Lumpur.
Keuntungan sebelum cukai syarikat itu pada suku pertama berakhir pada 31 Mac lalu jatuh kepada RM3.415 juta daripada RM11.346 juta pada suku pertama tahun lalu. Pendapatannya dalam tempoh berkenaan susut kepada RM179.759 juta daripada RM190.959 juta.
KUB Malaysia adalah syarikat pemegangan pelaburan yang terbabit dalam ICT, hartanah, kejuruteraan dan pembinaan (PEC) serta berkaitan makanan.
Mohd Nazar berkata, syarikat itu akan terus mempelbagaikan asas pendapatan dan meneruskan pelan pemulihan untuk kekal mencatatkan keuntungan tahun ini kewangan semasa.
Syarikat itu mencatatkan keuntungan sebelum cukai RM46.5 juta lalu, iaitu pertama kali sejak 1999 yang diraihnya daripada pendapatan RM892.508 juta. “Keputusan yang bertambah baik itu adalah disebabkan oleh pelupusan aset dan pertumbuhan perniagaan teras walaupun dalam keadaan ekonomi yang lembap,” katanya.
Beliau berkata, pada masa ini perniagaan PEC syarikat mempunyai projek dalam tangan bernilai RM500 juta. Bahagian ICT, katanya, membida untuk projek bernilai antara RM150 juta dan RM200 juta. - Bernama
June 19, 2009
Fund Price
About Me
- Nuang
- Ibrahim bin Ramli@Nuang started his career with CIMB Wealth Advisors Berhad as Agency Manager in April, 2008.Previously he was an Internal Auditors and Accounts Executive with Perodua Sales Sdn Bhd since 17 August, 1994. His background:- 1.Certified of Achievement for Master Sales Leadership from Dr Lawrence Walter Ng of President of The Art Of Learning and International Of Learning Without Learning 2.Certified for eXtra Ordinary Performance of Lawrence Walter Award Certificate for One Million Ringgit Club 2007 3. Certified Life & General insurances 4. Conferred with Diploma in Business Studiess & Bachelor of Business Admin(Hons)Finance from UiTM, Terengganu Branch & Shah Alam respectively;
music
Create a playlist at MixPod.com