KUALA LUMPUR 18 Jun - Malaysia kini menaruh harapan berlakunya pemulihan ekonomi dan kemasukan pelaburan terus asing (FDI) menjelang akhir suku ketiga tahun ini, kata Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Datuk Mustapa Mohamed.
Beliau menjelaskan, masalah kejatuhan teruk dalam kemasukan FDI bukan hanya berlaku kepada Malaysia tetapi hampir seluruh dunia merasai tempias tersebut.
''Hampir semua negara mengalami masalah itu, kecuali China, Indonesia dan India yang masih mempunyai prestasi FDI yang baik berbanding yang lain.
''Ia merupakan fenomena global dan kita masih belum keluar dari kemelut krisis ini pada suku kedua, menjelang suku ketiga tanda-tanda pemulihan akan berlaku, tetapi (secara keseluruhannya) suasana ekonomi dunia masih lagi tidak menentu,'' katanya.
Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai kejatuhan FDI Malaysia tahun ini pada sidang akhbar selepas Majlis Perasmian Projek Asia-Invest untuk menubuhkan Kerjasama Perusahaan Kecil dan Sederhana (PKS) Eropah dan Asian (PEACE) di sini hari ini.
Majlis itu dianjurkan oleh Dewan Perniagaan dan Industri Malaysia-Jerman (MGCC).
Ketika mengulas tentang inflasi, Mustapa berkata, kadarnya semakin stabil serta angka-angkanya semakin baik dan dijangka terus berkeadaan begitu dalam beberapa bulan akan datang.
''Pada tahun lalu, peningkatan kadar inflasi membimbangkan negara, dengan kadar stabil pada masa ini adalah baik untuk ekonomi dan pengguna dan kita melihat ia akan berterusan,'' jelasnya.
Sementara itu, Mustapa berkata, liberalisasi sektor besi dan keluli yang berkuatkuasa pada 1 Ogos ini akan memberi manfaat kepada industri pembinaan ekoran harga lebih kompetitif.
''Dengan penurunan duti, ia akan memudahkan syarikat-syarikat pembinaan untuk mengimport besi dan menjadikan industri lebih kompetitif selain berada di kedudukan lebih baik untuk mengeksport produk.
''Terdapat dua isu yang penting dalam penguatkuasaan itu iaitu harga besi yang berpatutan dan birokrasi dikurangkan,'' katanya.
Semalam, Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI) mengumumkan liberalisasi sektor besi dengan, pengilang baru dalam industri besi dan keluli akan diberikan lesen tanpa sekatan mulai 1 Ogos ini untuk memenuhi keperluan pasaran domestik dan eksport bagi produk panjang dan kepingan.
Fund Price
About Me
- Nuang
- Ibrahim bin Ramli@Nuang started his career with CIMB Wealth Advisors Berhad as Agency Manager in April, 2008.Previously he was an Internal Auditors and Accounts Executive with Perodua Sales Sdn Bhd since 17 August, 1994. His background:- 1.Certified of Achievement for Master Sales Leadership from Dr Lawrence Walter Ng of President of The Art Of Learning and International Of Learning Without Learning 2.Certified for eXtra Ordinary Performance of Lawrence Walter Award Certificate for One Million Ringgit Club 2007 3. Certified Life & General insurances 4. Conferred with Diploma in Business Studiess & Bachelor of Business Admin(Hons)Finance from UiTM, Terengganu Branch & Shah Alam respectively;
music
Create a playlist at MixPod.com