GOLDEN Corporate Heritage Sdn Bhd menjangka mampu meraih pulangan daripada projek pembangunan Arab City bernilai RM1.1 bilion di Melaka dalam tempoh tiga tahun selepas ia beroperasi pada 2011.
Presidennya, Saleh Al Mansour, berkata projek itu bakal menjadi mercu tanda paling hebat Melaka kerana ia bukan setakat untuk faedah pelancongan, malah membabitkan aktiviti perniagaan serantau dan industri kesihatan.
Katanya, ketiga-tiga lokasi berasingan yang bakal dibangunkan di negeri itu, iaitu Pulau Melaka, Klebang dalam Parlimen Tangga Batu dan Kampung Jawa di tengah-tengah pusat Bandaraya Melaka Bersejarah akan mempunyai konsep dan segmen berbeza.
"Pulau Melaka akan dibangunkan sebagai pusat budaya Arab yang meliputi sebuah bazar dengan 240 unit ruang kedai, muzium, mini teater, bangunan letak kenderaan setinggi tiga tingkat dan restoran mewakili 19 negara Arab.
"Di Klebang, ia membabitkan pembinaan sebuah hotel antarabangsa bertaraf lima bintang, chalet dengan pantai persendirian dan sebuah pusat perubatan, manakala di Kampung Jawa, ia menjadi sebuah pusat aktiviti perniagaan berbentuk borong.
"Berdasarkan perancangan, kami yakin projek ini akan berjaya dan memberi pulangan kepada kami dalam tempoh tiga tahun selepas beroperasi," katanya selepas merasmikan majlis menanam cerucuk projek Arab City di Pulau Melaka, Melaka, semalam.
Projek Arab City dilancarkan Ketua Menteri Melaka, Datuk Seri Mohd Ali Rustam pada 3 Mac lalu. Ia dibangunkan secara usaha sama dengan kerajaan negeri menerusi Chief Minister Inc (CMI) dan Golden Corporate Heritage menerusi anak syarikatnya, Arab City Melaka Sdn Bhd di kawasan seluas 8.24 hektar di di Pulau Melaka, Klebang dan Kampung Jawa.
Fasa pertama projek ini membabitkan pembangunan di kawasan seluas 1.68 hektar membabitkan kos RM250 juta. Saleh melahirkan keyakinan, Melaka yang disenaraikan sebagai Tapak Warisan Dunia tahun lalu, bakal menjadi pusat tumpuan pelancongan kedua di negara ini selepas Kuala Lumpur apabila projek berkenaan siap dan beroperasi kelak.
"Pada masa ini, pelancong dari negara Arab lebih gemar datang ke Kuala Lumpur untuk bercuti sebab mereka tidak mempunyai pilihan lain. Jadi, menerusi projek ini, tentunya mereka akan mempunyai pilihan tambahan apabila berada di Malaysia pada 2011," katanya.
Saleh turut memberi jaminan, pembangunan projek Arab City tidak menjejaskan usaha pemuliharaan khazanah bersejarah di Melaka terutama dengan status Bandaraya Melaka Bersejarah sebagai Bandaraya Warisan Dunia yang dianugerahkan Pertubuhan Pendidikan, Saintifik dan Kebudayaan Bangsa-Bangsa Bersatu (Unesco).
June 22, 2009
Fund Price
About Me
- Nuang
- Ibrahim bin Ramli@Nuang started his career with CIMB Wealth Advisors Berhad as Agency Manager in April, 2008.Previously he was an Internal Auditors and Accounts Executive with Perodua Sales Sdn Bhd since 17 August, 1994. His background:- 1.Certified of Achievement for Master Sales Leadership from Dr Lawrence Walter Ng of President of The Art Of Learning and International Of Learning Without Learning 2.Certified for eXtra Ordinary Performance of Lawrence Walter Award Certificate for One Million Ringgit Club 2007 3. Certified Life & General insurances 4. Conferred with Diploma in Business Studiess & Bachelor of Business Admin(Hons)Finance from UiTM, Terengganu Branch & Shah Alam respectively;
music
Create a playlist at MixPod.com