KERAJAAN mengenalpasti penghasilan tenaga mesra alam sebagai sektor baru yang mampu menarik kemasukan pelaburan langsung asing (FDI) ke negara ini terutama dari Eropah dan Amerika Syarikat (AS) yang mempunyai kepakaran dalam bidang itu.
Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri , Datuk Mustapa Mohamed, berkata berikutan itu, kerajaan akan memberikan keutamaan kepada syarikat terbabit dalam pembangunan sektor itu menerusi penyediaan kemudahan bagi tujuan menjalankan penyelidikan dan pembangunan (R&D) selain memberikan insentif bagi menggalakkan penggunaan teknologi mesra alam.
Beliau berkata, beberapa syarikat multinasional asing terutama dari Eropah dan AS sudah mula melihat Malaysia sebagai pusat pelaburan yang berpotensi dalam penghasilan tenaga mesra alam.
“Dari perspektif pelaburan, Miti sudah menetapkan untuk menjadikan Malaysia pusat serantau bagi penghasilan tenaga mesra alam, khususnya tenaga solar,” katanya ketika merasmikan program Asia-Invest anjuran Dewan Perdagangan dan Perindustrian Jerman di Malaysia (MGCC) di Kuala Lumpur, semalam.
Asia-Invest adalah program padanan perniagaan yang dibiayai oleh Kesatuan Eropah (EU) bersama-sama 25 syarikat Eropah, lima syarikat China dan 60 syarikat Malaysia yang terbabit dalam bidang berkaitan kerja pembinaan bagi pembangunan tenaga mesra alam, pembinaan bangunan mesra dan reka bentuk bangunan serta hiasan dalaman berkonsepkan mesra alam.
Program hasil inisiatif EU itu bertujuan menggalakkan kerjasama perniagaan antara EU dan Asia bagi membangunkan dan mengukuhkan aliran perdagangan dan pelaburan antara dua rantau berkenaan dengan matlamat menyokong PKS Eropah dan Asia.
“Sehingga kini, kira-kira RM9.5 bilion pelaburan seumpama itu telah diluluskan kerajaan membabitkan projek penghasilan panel tenaga solar oleh syarikat dari AS di Kulim, Kedah dan sebuah syarikat Jerman di Cyberjaya,” katanya.
Sementara itu, Duta dan juga Ketua Delegasi EU ke Malaysia, Vincent Piket, dalam ucapannya berkata, Eropah amat menitikberatkan pelaburan dalam penghasilan tenaga boleh diperbaharui. “Pelaburan dalam sektor itu bukan saja dapat membawa ekonomi keluar daripada kemelesetan tetapi dapat mengekalkan pertumbuhan ekonomi, pembangunan sosial dan alam sekitar,” katanya.
Fund Price
About Me
- Nuang
- Ibrahim bin Ramli@Nuang started his career with CIMB Wealth Advisors Berhad as Agency Manager in April, 2008.Previously he was an Internal Auditors and Accounts Executive with Perodua Sales Sdn Bhd since 17 August, 1994. His background:- 1.Certified of Achievement for Master Sales Leadership from Dr Lawrence Walter Ng of President of The Art Of Learning and International Of Learning Without Learning 2.Certified for eXtra Ordinary Performance of Lawrence Walter Award Certificate for One Million Ringgit Club 2007 3. Certified Life & General insurances 4. Conferred with Diploma in Business Studiess & Bachelor of Business Admin(Hons)Finance from UiTM, Terengganu Branch & Shah Alam respectively;
music
Create a playlist at MixPod.com