MALAYAN Banking Bhd (Maybank) melancarkan kad kredit emas American Express (Amex) yang menawarkan kadar faedah paling rendah di pasaran iaitu sembilan peratus setahun, dengan sasaran menarik lebih 150,000 pelanggan dalam tempoh setahun pelancarannya.
Ketua Perbankan Pelanggannya, Lim Hong Tat, berkata bagi tempoh sehingga akhir tahun ini, mereka yang melanggan kad kredit jenama bersama itu akan dikecualikan daripada caj kewangan bagi baki akaun mereka.
“Kami percaya pelancaran kad kredit ini akan meningkatkan jumlah pemegang kad kredit Maybank yang ketika ini berjumlah kira-kira 1.5 juta kerana kadar faedahnya yang rendah iaitu sembilan peratus setahun jika mereka membuat bayaran minimum mengikut jadual.
“Inisiatif ini juga antara langkah Maybank mengukuhkan kedudukan dalam segmen perniagaan kad kredit dengan keupayaan mewujudkan pasaran tersendiri dalam segmen yang dulunya tidak diteroka sepenuhnya,” katanya pada sidang media selepas pelancaran kad kredit emas American Express itu di Kuala Lumpur, semalam.
Hadir sama, Ketua Kad dan Bayaran Perbankan Pelanggan Maybank, Ashraf Ali Kadir; Ketua Perkhidmatan Rangkaian Global bagi Jepun, Asia Pasifik dan Australia American Express International, Kula Kulendran dan Pengurus Besarnya, Katrina Stuart. Lim menjelaskan, kad kredit emas American Express itu disasarkan kepada golongan muda dan profesional dengan pendapatan tahunan minimum RM36,000.
Beliau berkata, antara keistimewaan lain kad kredit itu ialah ia menawarkan lima kali mata ganjaran untuk perbelanjaan bagi barangan dapur, petrol, perkhidmatan telekomunikasi menerusi bayaran automatik ekspres serta kedai buku yang terpilih.
“Pemegang kad kredit ini juga boleh menikmati mata ganjaran berganda bagi pembelian lain di seluruh dunia selain pengecualian yuran tahunan sepanjang hayat dan kad tambahan percuma,” katanya.
Beliau menegaskan, pelancaran kad kredit itu ketika keadaan ekonomi yang mencabar ketika ini jelas menunjukkan komitmen berterusan Maybank dalam menyediakan produk inovatif yang memenuhi keperluan segmen pengguna khusus.
“Pelancarannya juga adalah antara strategi Maybank bekerjasama dengan jenama utama bagi menawarkan pilihan terbaik kepada pelanggan untuk menguruskan kewangan mereka dalam keadaan ekonomi sekarang”, katanya.
Maybank, katanya, menjalin kerjasama dengan American Express sejak empat tahun lalu termasuk melancarkan kad kredit emas Kris-Flyer American Express Februari lalu.
June 19, 2009
Fund Price
About Me
- Nuang
- Ibrahim bin Ramli@Nuang started his career with CIMB Wealth Advisors Berhad as Agency Manager in April, 2008.Previously he was an Internal Auditors and Accounts Executive with Perodua Sales Sdn Bhd since 17 August, 1994. His background:- 1.Certified of Achievement for Master Sales Leadership from Dr Lawrence Walter Ng of President of The Art Of Learning and International Of Learning Without Learning 2.Certified for eXtra Ordinary Performance of Lawrence Walter Award Certificate for One Million Ringgit Club 2007 3. Certified Life & General insurances 4. Conferred with Diploma in Business Studiess & Bachelor of Business Admin(Hons)Finance from UiTM, Terengganu Branch & Shah Alam respectively;
music
Create a playlist at MixPod.com