June 19, 2009

Mitsubishi buka 10 pusat sehenti 3S

MITSUBISHI Motors Malaysia Sdn Bhd akan membuka 10 pusat sehenti 3S (servis, jualan dan alat ganti) baru sejajar usaha untuk mencapai sasaran menjual lebih 7,300 unit kenderaan tahun ini.

Ketika ini, pengedar eksklusif kenderaan penumpang dan komersial Mitsubishi di Malaysia, itu mempunyai 33 pusat jualan dan 44 pusat servis di seluruh negara. Ketua Eksekutifnya, Keizo Ono, berkata walaupun syarikat berdepan kesan krisis ekonomi global yang mengurangkan permintaan terhadap kenderaan diimport sepenuhnya (CBU), pelbagai langkah perlu dilaksanakan untuk terus memacu jualan.

Katanya, bersandarkan keadaan ekonomi semasa, syarikat tetap positif mencapai sasaran realistik sekurang-kurangnya mengekalkan jumlah jualan tahun lalu sebanyak 7,318 unit kenderaan.

“Tahun ini adalah tempoh mencabar kepada syarikat yang bergantung kepada jualan kenderaan CBU, lebih-lebih lagi apabila kejatuhan permintaan 10 hingga 15 peratus bagi semua model. “Namun, sebagai syarikat yang masih baru di pasaran Malaysia, kami mempunyai banyak ruang untuk meningkatkan jualan menerusi langkah meluaskan rangkaian pengedar dan mengekalkan harga kenderaan import kami,” katanya selepas majlis Penghargaan Pembeli Mitsubishi Pajero Sport, di Kuala Lumpur, semalam.

Turut hadir, Pengerusi Mitsubishi Motors, Datuk Syed Hisham Syed Wazir yang sebelum itu menyampaikan penghargaan kepada 10 pembeli pertama Mitsubishi Pajero Sport di Lembah Klang.

Sementara itu, mengulas jualan model Pajero Sport, Keizo Ono berkata, sehingga kini 100 tempahan diterima sejak dilancarkan dua minggu lalu dan jumlah itu dijangka meningkat selepas pembukaan pusat 3S yang baru.

Katanya, menerusi strategi pengiklanan dan promosi berkesan, syarikat yakin Pajero Sport berupaya menarik lebih ramai pembeli, sekali gus menyumbangkan terhadap peningkatan jualan kenderaannya tahun ini.

“Kami turut melancarkan pameran bergerak Pajero Sport ke seluruh negara bermula hari ini (semalam) selama dua bulan bersama-sama promosi bagi Jun,” katanya sambil menambah pembeli Triton 2.5 4x4 automatik berpeluang memenangi komputer poket Sony ‘Vaio P’, manakala insurans percuma dua tahun kepada pembeli Triton Lite.

Fund Price

About Me

My photo
Ibrahim bin Ramli@Nuang started his career with CIMB Wealth Advisors Berhad as Agency Manager in April, 2008.Previously he was an Internal Auditors and Accounts Executive with Perodua Sales Sdn Bhd since 17 August, 1994. His background:- 1.Certified of Achievement for Master Sales Leadership from Dr Lawrence Walter Ng of President of The Art Of Learning and International Of Learning Without Learning 2.Certified for eXtra Ordinary Performance of Lawrence Walter Award Certificate for One Million Ringgit Club 2007 3. Certified Life & General insurances 4. Conferred with Diploma in Business Studiess & Bachelor of Business Admin(Hons)Finance from UiTM, Terengganu Branch & Shah Alam respectively;

music


MusicPlaylistRingtones
Create a playlist at MixPod.com

Followers